Ringgit, pasaran Bursa ditutup rendah selepas pendakwaan bermotif politik

March 10, 2023 · Isu semasa

Nilai ringgit dan pasaran Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini, malah pasaran saham tempatan ditutup pada paras terendah harian hari ini.

Keyakinan pelabur dan ketaktentuan pasaran global memberi kesan kepada kejatuhan ditengah-tengah kebimbangan bakal wujud satu lagi kemelut politik susulan pendakwaan bermotif politik terhadap Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini.

Pada 6 petang, ringgit turun kepada 4.5180/5220 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.5170/5200 pada Khamis.

Ketua ekonomi, analisis pasaran dan kewangan sosial Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata purata pendapatan setiap jam dijangka meningkat sebanyak 4.7 peratus tahun ke tahun pada Februari 2023 daripada 4.4 peratus pada bulan sebelumnya.

“Pertumbuhan gaji tinggi bermakna Rizab Persekutuan AS (Fed) dijangka mengetatkan lagi dasar monetarinya yang kemungkinan menaikkan kadar 50 mata asas lagi pada mesyuarat akan datang yang dijadualkan pada 21-22 Mac,” katanya menurut laporan Bernama.

Ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding kumpulan mata wang utama lain.

Unit tempatan susut berbanding pound Britain kepada 5.4148/4196 daripada 5.3608/3643 pada Khamis dan turun berbanding euro kepada 4.7823/7865 daripada 4.7690/7722. Bagaimanapun, ringgit meningkat berbanding yen Jepun kepada 3.3038/3070 daripada 3.3160/3184 pada Khamis.

Sementara itu, ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang negara-negara Asean lain.

Unit tempatan meningkat berbanding rupiah Indonesian kepada 292.30/292.80 daripada 292.70/292.90 pada Khamis dan naik berbanding dolar Singapura kepada 3.3316/3351 daripada 3.3405/3432.
Bagaimanapun ia susut berbanding baht Thai kepada 12.8894/9064 daripada 12.8814/8962 dan turun berbanding peso Filipina kepada 8.19/8.20 daripada 8.18/8.18.

Sementara itu di Bursa Malaysia, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 16.45 mata atau 1.13 peratus kepada 1,433.08 daripada 1,449.53 semalam.

Indeks utama dibuka rendah 3.73 mata kepada 1,445.80, yang merupakan paras tertinggi harian dan terus merosot sepanjang sesi dagangan.

Suasana pasaran negatif dengan kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 694 berbanding 239 manakala 368 kaunter tidak berubah, 944 tidak diniagakan dan 33 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 2.73 bilion unit bernilai RM2.11 bilion.

Berita berkaitan
Isteri pelakon bawa watak Anwar mohon cerai: Laporan
14 jam lalu· Isu semasa
Isu ziarah gereja: Polis akan panggil Hannah Yeoh untuk dirakam keterangan
15 jam lalu· Isu semasa
Ramai stres kos sara hidup tinggi, sekolah buka serentak Ramadan
22 jam lalu· Isu semasa
Warisan tak tolak bekerjasama dengan UMNO hadapi PRN Sabah: Shafie
22 jam lalu· Politik
Popular
Isteri pelakon bawa watak Anwar mohon cerai: Laporan
March 20, 2023
Selama tiga minggu berturut-turut pelabur asing lari dari Malaysia
March 20, 2023
Kempen antirasuah Anwar hanya mahu singkir pembangkang: Tun M
March 20, 2023
Che’gu Bard dakwa Anwar, DAP lindungi kesalahan menteri KBS
March 20, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Indira kemuka saman 8 negeri tuntut isytihar tukar agama unilateral tak sah
5 jam lalu · Isu semasa
Kos haji bagi B40 kekal RM10,980 dengan RM400 juta peruntukan bantuan
8 jam lalu · Isu semasa
Jangan kata kita nak bunuh TnG, kata Loke
8 jam lalu · Isu semasa
Che’gu Bard dakwa Anwar, DAP lindungi kesalahan menteri KBS
10 jam lalu · Isu semasa
Kempen antirasuah Anwar hanya mahu singkir pembangkang: Tun M
10 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Anak muda pantang ditipu, lebih yakin dengan Perikatan
15 jam lalu
[VIDEO] Sertai Pakatan dakyah ‘cybertrooper’, PAS tawakal dengan Bersatu
20 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok