Ringgit masih ditutup pada paras RM4.77, terendah sejak 1998

October 25, 2023 · Isu semasa

Ringgit mengukuh berbanding mata wang utama lain pada penutup urus niaga hari ini berikutan pembetulan yang berterusan.

Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.7780/7830 berbanding dolar AS 4.7825/7865 ketika ditutup pada Selasa, lapor Bernama.

Ketua Ekonomi dan Kewangan Sosial Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata ringgit masih dalam mod pembetulan selepas aliran menurun yang mendadak baru-baru ini, tetapi berpendapat trend itu mungkin tidak bertahan lama.

“Dolar AS akan terus mendapat permintaan tinggi dalam masa ketidaktentuan global. Kami percaya tumpuan kini adalah kepada perkembangan konflik Israel-Palestin terutamanya mengenai kemungkinan berlakunya pencerobohan darat.

“Kami melihatnya ia mungkin akan berubah haluan dengan pantas,” katanya kepada Bernama.

Oleh itu, Mohd Afzanizam berkata peserta pasaran akan terus memberi perhatian kepada perkembangan di Timur Tengah.

Pada masa yang sama, perkembangan krisis hutang hartanah China turut mencetuskan kebimbangan, berikutan laporan bahawa buat pertama kalinya, pemaju China, Country Garden gagal membayar faedah ke atas bon dolar AS dalam tempoh penangguhan yang berakhir minggu lepas.

Pemain pasaran juga menunggu anggaran awal keluaran dalam negara kasar suku ketiga Amerika Syarikat (AS) pada Khamis untuk menentukan keputusan kadar faedah Rizab Persekutuan AS seterusnya menjelang mesyuaratnya pada akhir bulan ini.

Dalam negara, ringgit meningkat berbanding euro kepada 5.0494/0547 daripada 5.0881/0924 ketika ditutup pada Selasa, naik berbanding pound Britain kepada 5.7905/7965 daripada 5.8557/8606 semalam, dan menokok sedikit berbanding yen Jepun kepada 3.1866/1902 daripada 3.1960/1989 sebelumnya.

Mata wang tempatan itu juga diniagakan tinggi berbanding mata wang negara serantau yang lain.

Ia meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.4871/4910 daripada 3.5003/5035 ketika ditutup pada Selasa, menokok berbanding rupiah Indonesia kepada 301.0/301.5 daripada 301.7/302.1 semalam, naik berbanding peso Filipina kepada 8.40/8.41 daripada 8.42/8.43 dan menokok berbanding baht Thai kepada 13.1960/2153 daripada 13.2186/2352 sebelumnya.

Berita berkaitan
Ringgit kembali susut berbanding dolar, dibuka paras RM4.68
November 23, 2023· Isu semasa
Ringgit dibuka paras RM4.72 berbanding dolar, kembali menyusut
November 10, 2023· Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.72 untuk seminggu ini, kekal rendah lagi
November 4, 2023· Isu semasa
Walaupun ringgit jatuh, Anwar kata ekonomi negara masih berdaya saing
November 2, 2023· Isu semasa
Popular
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023
Kes bunuh teman wanita: Pemandu lori dipenjara 35 tahun, 12 sebatan
November 29, 2023
Masalah pengangkutan awam tiada kesudahan
June 27, 2022
Yasin bebas pertuduhan kes dadah, diarah ke Hospital Bahagia
November 29, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
7 jam lalu · Isu semasa
Kes bunuh teman wanita: Pemandu lori dipenjara 35 tahun, 12 sebatan
November 29, 2023 · Isu semasa
Yasin bebas pertuduhan kes dadah, diarah ke Hospital Bahagia
November 29, 2023 · Isu semasa
Mahkamah benarkan pasport Muhyiddin dipulangkan untuk sementara
November 29, 2023 · Isu semasa
Mangsa banjir di Terengganu, Kelantan kekal setakat pagi ini
November 29, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Ir Khairil di ceramah PAS Gong Limau
48 minit lalu
[VIDEO] ‘Permainan’ pegawai politik punca kerajaan 22 bulan tumbang
3 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok