Ringgit kembali susut kepada 4.6630 : laporan

July 6, 2023 · Isu semasa

Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS pagi ini berikutan mata wang Amerika Syarikat (AS) kembali mengukuh, lapor Bernama.

Ia berlaku setelah minit mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) AS yang menunjukkan Rizab Persekutuan (Fed) komited untuk menaikkan kadar faedah selepas dihentikan sementara pada Jun, kata ahli ekonomi.

Pada jam 9 pagi, unit tempatan merosot kepada 4.6630/6670 berbanding dolar AS daripada 4.6485/6555 semalam.

Indeks Dolar AS (DXY) dilaporkan naik 0.31 peratus kepada 103.358 mata.

Ketua Ekonomi dan Ketua Kewangan Sosial Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata pasaran juga sedang menunggu keputusan Bank Negara Malaysia (BNM) mengenai kadar dasar semalaman (OPR) dan penilaian terkininya mengenai ekonomi hari ini.

“Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) BNM akan membincangkan keputusan mereka mengenai OPR hari ini. Oleh itu, ringgit akan berada pada sekitar 4.65 (berbanding dolar AS),” katanya.

Mesyuarat MPC selama dua hari bermula semalam dan menurut seorang penganalisis, bank pusat itu dijangka mengekalkan OPR pada 3.0 peratus.

Sementara itu, ringgit diniagakan rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.

Ia merosot berbanding euro kepada 5.0584/0628 daripada 5.0641/0717 pada Rabu, berkurangan berbanding yen Jepun kepada 3.2330/2360 daripada 3.2221/2272 dan rendah berbanding pound kepada 5.9201/9252 daripada 5.9101/9190 semalam.

Mata wang tempatan turut diniagakan rendah berbanding mata wang ASEAN lain kecuali berbanding baht Thailand yang meningkat kepada 13.3183/3362 daripada 13.3237/3510 semalam.

Ringgit merosot berbanding dolar Singapura kepada 3.4454/4486 daripada 3.4380/4437 pada Rabu, susut berbanding rupiah Indonesia kepada 310.4/310.9 daripada 309.4/310.1 dan berkurangan berbanding peso Filipina kepada 8.40/8.42 daripada 8.39/8.41 semalam.

Berita berkaitan
Ringgit dibuka rendah RM4.67 berbanding dolar
6 jam lalu· Isu semasa
Ringgit dibuka rendah, jatuh dua hari berturut-turut
December 7, 2023· Isu semasa
Ringgit kembali susut berbanding dolar, dibuka paras RM4.68
November 23, 2023· Isu semasa
Ringgit dibuka paras RM4.72 berbanding dolar, kembali menyusut
November 10, 2023· Isu semasa
Popular
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Hutang Kerajaan Persekutuan meningkat sebanyak RM100.2 bilion setakat 2021
February 16, 2023
Orang ramai dinasihati waspada penyamaran dan penipuan melalui WhatsApp
December 7, 2023
Pelabur asing rekod jualan bersih minggu lepas: MIDF
December 11, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
2 jam lalu · Isu semasa
Pelabur asing rekod jualan bersih minggu lepas: MIDF
6 jam lalu · Isu semasa
KBS akan beri penjelasan padang Bukit Jalil rosak minggu depan, kata menteri
December 9, 2023 · Isu semasa
Mat Sabu kata bekalan bawang negara mencukupi
December 9, 2023 · Isu semasa
Loke sahkan tiada diskaun saman JPJ akan diberikan
December 9, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Setahun Anwar Ibrahim perdaya rakyat dengan janji politik
December 9, 2023
[VIDEO] Dr Sam angkat sumpah Ahli Parlimen Kemaman
December 8, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok