Ringgit jatuh ke paras terendah sejak 1998: Laporan

October 19, 2023 · Isu semasa

Ringgit Malaysia jatuh ke paras terendah berbanding dolar sejak Krisis Kewangan Asia apabila hasil Perbendaharaan Amerika Syarikat 10 tahun melonjak kepada 4.91 peratus — tertinggi sejak 2007, sekali gus menunjukkan bahawa premium inflasi sedang meningkat, kata seorang penganalisis.

Mata wang tempatan menyusut sebanyak 0.3% kepada 4.7635 berbanding dolar semasa pasaran dibuka hari ini, paling lemah sejak 1998 dan prestasi terburuk di Asia tahun ini selepas mata wang yen.

Ketua Ekonomi dan Kewangan Sosial Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata kebimbangan utama dalam pasaran kini ialah konflik Palestine-Israel.

Sementara itu, ringgit turut diniagakan rendah berbanding sekumpulan mata wang utama yang lain kecuali pound Britain, menyaksikan ia mengukuh kepada 5.7809/7852 daripada 5.7869/7917 pada penutupan urus niaga Rabu.

Mata wang tempatan menyusut nilai berbanding euro kepada 5.0181/0218 daripada 5.0140/0182 dan rendah berbanding yen pada 3.1794/1820 daripada 3.1685/1714 semalam (Rabu).

Berbanding mata wang Asia yang lain, ringgit turut diniagakan kebanyakannya rendah.

Nilai mata wang tempatan susut berbanding baht Thai kepada 13.0757/0907 daripada 13.0738/0914 dan lemah berbanding rupiah
Indonesia pada 301.5/302.0 daripada 301.2/301.5 sebelumnya.

Ia turut merosot berbanding dolar Singapura pada 3.4669/469 daripada 3.4649/4681 tetapi nilai ringgit meningkat berbanding peso Filipina pada 8.36/8.39 daripada 8.37/8.38 semalam.

Berita berkaitan
Ringgit kembali susut berbanding dolar, dibuka paras RM4.68
November 23, 2023· Isu semasa
Ringgit dibuka paras RM4.72 berbanding dolar, kembali menyusut
November 10, 2023· Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.72 untuk seminggu ini, kekal rendah lagi
November 4, 2023· Isu semasa
Walaupun ringgit jatuh, Anwar kata ekonomi negara masih berdaya saing
November 2, 2023· Isu semasa
Popular
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Jutawan rakan baik Anwar beli saham rangkaian hotel terkait Zahid
July 6, 2021
Kenapa lepasan SPM tidak minat ke IPT?
August 25, 2022
Edar dadah 23.5kg, tiga lelaki termasuk bergelar ‘Datuk’ didakwa
December 4, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Edar dadah 23.5kg, tiga lelaki termasuk bergelar ‘Datuk’ didakwa
17 jam lalu · Isu semasa
PRK Kemaman: Peratusan keluar mengundi setakat 4 petang sebanyak 60 peratus
December 2, 2023 · Isu semasa
Remaja cuba samun pemandu e-hailing didakwa esok
December 2, 2023 · Isu semasa
Dakwaan gangguan seksual dihadapi Wahab, polis akan panggil beberapa individu
December 2, 2023 · Isu semasa
Laporan Wahab dakwa Agus buat gangguan seksual disiasat polis
December 1, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Tuan Guru Hadi di Grand Finale PRK Kemaman
December 2, 2023
[VIDEO] Ucapan Radzi Jidin di Grand Finale PRK Kemaman
December 2, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok