Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS

September 5, 2023 · Isu semasa

Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS pada Isnin apabila dolar AS terus mengukuh di tengah-tengah data ekonomi Amerika Syarikat yang positif, kata seorang penganalisis.

Pada 6 petang, mata wang tempatan itu susut kepada 4.6535/6575 berbanding dolar AS 4.6445/6485 ketika ditutup pada Jumaat, lapor Bernama.

Ketua Ekonomi dan Kewangan Sosial Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata laporan pasca gaji bukan ladang pada Jumaat lepas menunjukkan bahawa permintaan terhadap dolar AS terus menjadi mata wang yang diminati berikutan Rizab

Persekutuan AS dilihat akan mengekalkan pendirian dasar monetari yang ketat dalam mesyuarat September akan datang.

Selain itu, beliau berkata Bank Negara Malaysia berkemungkinan mengekalkan kadar dasar semalaman (OPR) pada 3.0 peratus minggu ini apabila ahli Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) bermesyuarat pada Khamis ini (7 Sept).

“Kemungkinan kenaikan 25 mata asas lagi oleh Fed AS disifatkan sebagai positif kepada dolar. Ini seterusnya akan menjadikan ringgit kekal lemah dalam tempoh terdekat,” katanya kepada Bernama.

Pada penutup dagangan, ringgit diniagakan tinggi berbanding kumpulan mata wang utama.

Ia meningkat berbanding euro kepada 5.0230/0273 daripada 5.0388/0432 ketika ditutup pada Jumaat, naik berbanding pound Britain kepada 5.8774/8824 daripada 5.8878/8929 dan menokok berbanding yen Jepun kepada 3.1786/1818 daripada 3.1939/1968.

Pada masa yang sama, ringgit juga diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang Asean yang lain.

Ia naik berbanding dolar Singapura kepada 3.4361/4393 daripada 3.4386/4418 ketika ditutup pada Jumaat dan meningkat berbanding baht Thailand kepada 13.2089/2259 daripada 13.2677/2852.

Bagaimanapun, mata wang tempatan itu rendah berbanding rupiah Indonesia kepada 305.2/305.7 daripada 304.6/305.1 dan tidak berubah berbanding peso Filipina pada 8.21/8.23 daripada 8.21/8.22.

Berita berkaitan
Ringgit dibuka menghampiri RM4.70 berbanding dolar
September 22, 2023· Isu semasa
Ringgit menyusut, menghampiri paras RM4.70 berbanding dolar
September 20, 2023· Isu semasa
RM60.6 juta dipindahkan ke akaun Najib antara Feb-Jun 2011: Saksi
September 19, 2023· Isu semasa
Ringgit ditutup rendah lagi berbanding dolar
September 14, 2023· Isu semasa
Popular
Kumpulan peguam persoal PH dan PMX membisu hukuman penjara Wan Ji
September 26, 2023
Mahkamah kembalikan perintah pengharaman buku Gay is Okay! A Christian Perspective”
September 25, 2023
Kedah dan Perlis dilanda banjir, PPS dibuka pindahkan mangsa
September 26, 2023
Gaduh kumpulan motosikal besar, seorang ditahan positif dadah
September 25, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Jangan gopoh, kata Mat Sabu ulas gesaan halang warga asing beli beras
3 jam lalu · Isu semasa
Permohonan lelaki bunuh kekasih hamil dirujuk psikiatri ditolak mahkamah
3 jam lalu · Isu semasa
Kedah dan Perlis dilanda banjir, PPS dibuka pindahkan mangsa
6 jam lalu · Isu semasa
NGO desak tanah rizab Melayu dikembalikan di Sitiawan, pertikai langkah pindah milik
6 jam lalu · Isu semasa
Kumpulan peguam persoal PH dan PMX membisu hukuman penjara Wan Ji
6 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Saya bukan saintis, boleh belajar proses REE dari Lynas, kata menteri
18 minit lalu
[VIDEO] Saya bukan orang jahat, SPRM tanya empat soalan REE, kata Sanusi
September 25, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok