Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS

August 16, 2023 · Isu semasa

Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS hari ini berikutan penurunan kadar tidak dijangka oleh China.

Pada 6 petang, mata wang tempatan itu jatuh kepada 4.6335/6385 berbanding dolar AS 4.6140/6175 semalam, menurut laporan Bernama.

Ketua Ekonomi dan Kewangan Sosial Bank Muamalat Malaysia Bhd Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata China secara mengejut mengurangkan kadar dasar utama – pengurangan kedua tahun ini – menandakan bank pusat itu komited untuk menyediakan sokongan bagi pertumbuhan ekonomi.

Dilaporkan bahawa Bank Rakyat China secara tidak dijangka mengurangkan kadar kemudahan pinjaman jangka sederhana (MLF) setahun sebanyak 15 mata asas kepada 2.5 peratus daripada 2.65 peratus.

“Yuan China dan ringgit adalah gandingan yang berkait rapat. Oleh itu, sebarang kelemahan yuan akan mempunyai kaitan langsung dengan ringgit.

“Kami melihat gandingan dolar-ringgit susut kepada RM4.6335,” katanya kepada Bernama.

Ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.

Ia meningkat berbanding yen Jepun kepada 3.1830/1867 daripada 3.1832/1858 pada Isnin, susut berbanding pound Britain kepada 5.8966/9030 daripada 5.8575/8619 dan merosot berbanding euro kepada 5.0690/0757 daripada 5.0519/0557 sebelumnya.

Unit tempatan itu juga diniagakan kebanyakannya lebih rendah berbanding mata wang Asean lain.

Walaupun Ringgit meningkat berbanding baht Thailand pada 13.0908/1105 daripada 13.1173/1332 pada Isnin tetapi ia susut berbanding peso Filipina kepada 8.15/8.16 daripada 8.11/8.13.

Ia turun berbanding dolar Singapura kepada 3.4155/4197 daripada 3.4064/4095 ketika ditutup pada Isnin dan merosot berbanding rupiah Indonesia kepada 301.9/302.4 daripada 301.2/301.6 sebelumnya.

Berita berkaitan
Ringgit dibuka menghampiri RM4.70 berbanding dolar
September 22, 2023· Isu semasa
Ringgit menyusut, menghampiri paras RM4.70 berbanding dolar
September 20, 2023· Isu semasa
Ringgit ditutup rendah lagi berbanding dolar
September 14, 2023· Isu semasa
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar
September 12, 2023· Isu semasa
Popular
Kumpulan peguam persoal PH dan PMX membisu hukuman penjara Wan Ji
September 26, 2023
Mahkamah kembalikan perintah pengharaman buku Gay is Okay! A Christian Perspective”
September 25, 2023
Gaduh kumpulan motosikal besar, seorang ditahan positif dadah
September 25, 2023
NGO desak tanah rizab Melayu dikembalikan di Sitiawan, pertikai langkah pindah milik
September 26, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Jangan gopoh, kata Mat Sabu ulas gesaan halang warga asing beli beras
1 jam lalu · Isu semasa
Permohonan lelaki bunuh kekasih hamil dirujuk psikiatri ditolak mahkamah
1 jam lalu · Isu semasa
Kedah dan Perlis dilanda banjir, PPS dibuka pindahkan mangsa
4 jam lalu · Isu semasa
NGO desak tanah rizab Melayu dikembalikan di Sitiawan, pertikai langkah pindah milik
4 jam lalu · Isu semasa
Kumpulan peguam persoal PH dan PMX membisu hukuman penjara Wan Ji
5 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Saya bukan orang jahat, SPRM tanya empat soalan REE, kata Sanusi
23 jam lalu
[VIDEO] Untuk menang PRK Pelangai, jentera PN bersemangat bila pemimpin ada keyakinan
24 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok