Ringgit dibuka rendah, susut hampiri RM4.70 berbanding dolar

October 2, 2023 · Isu semasa

Ringgit memulakan urus niaga pagi ini rendah berbanding dolar AS apabila prestasi mata wang AS terus mengukuh, kata seorang penganalisis.

Pada 9.05 pagi, unit tempatan menyusut nilai kepada 4.6990/7045 berbanding dolar AS daripada penutupan Jumaat lepas 4.6930/6970, lapor Bernama.

“Dolar AS diniagakan lebih kukuh sedikit pada hujung minggu dan pasaran menjangkakan kecenderungan Rizab Persekutuan Amerika Syarikat untuk menaikkan kadar faedah terus memacu pasaran mata wang,” kata rakan kongsi pengurusan SPI Asset Management Stephen Innes kepada Bernama.

Namun begitu, ringgit diniagakan lebih baik berbanding sekumpulan mata wang utama.

Mata wang tempatan mengukuh berbanding yen Jepun kepada 3.1400/1439 daripada 3.1482/1511 pada penutupan dagangan Jumaat minggu lepas, meningkat berbanding euro untuk mencapai paras 4.9654/9712 daripada 4.9802/9845 dan tinggi berbanding pound Britain kepada 5.7300/7367 daripada 5.7522/7571 sebelumnya.

Sementara itu, unit tempatan diniagakan tinggi berbanding mata wang Asia yang lain.

Nilai ringgit menokok berbanding baht Thai pada 12.7927/8118 daripada 12.8808/8964 tetapi susut berbanding rupiah Indonesia kepada 303.8/304.4 daripada 303.5/303.9 sebelumnya.

Mata wang tempatan tidak berubah berbanding peso Filipina pada 8.29/8.30 tetapi lebih tinggi berbanding dolar Singapura pada 3.4370/4415 daripada 3.4457/4489 sebelumnya.

Berita berkaitan
Ringgit kembali susut berbanding dolar, dibuka paras RM4.68
November 23, 2023· Isu semasa
Ringgit dibuka paras RM4.72 berbanding dolar, kembali menyusut
November 10, 2023· Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.72 untuk seminggu ini, kekal rendah lagi
November 4, 2023· Isu semasa
Walaupun ringgit jatuh, Anwar kata ekonomi negara masih berdaya saing
November 2, 2023· Isu semasa
Popular
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Jutawan rakan baik Anwar beli saham rangkaian hotel terkait Zahid
July 6, 2021
Kenapa lepasan SPM tidak minat ke IPT?
August 25, 2022
Edar dadah 23.5kg, tiga lelaki termasuk bergelar ‘Datuk’ didakwa
December 4, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Edar dadah 23.5kg, tiga lelaki termasuk bergelar ‘Datuk’ didakwa
17 jam lalu · Isu semasa
PRK Kemaman: Peratusan keluar mengundi setakat 4 petang sebanyak 60 peratus
December 2, 2023 · Isu semasa
Remaja cuba samun pemandu e-hailing didakwa esok
December 2, 2023 · Isu semasa
Dakwaan gangguan seksual dihadapi Wahab, polis akan panggil beberapa individu
December 2, 2023 · Isu semasa
Laporan Wahab dakwa Agus buat gangguan seksual disiasat polis
December 1, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Tuan Guru Hadi di Grand Finale PRK Kemaman
December 2, 2023
[VIDEO] Ucapan Radzi Jidin di Grand Finale PRK Kemaman
December 2, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok