Ringgit dibuka rendah RM4.78 berbanding dolar

October 26, 2023 · Isu semasa

Nilai ringgit menyusut sedikit dan dibuka rendah berbanding dolar AS hari ini berikutan peningkatan hasil bon Amerika Syarikat (AS) selepas data ekonomi terkini negara itu menguatkan lagi jangkaan bahawa kadar faedah akan kekal lebih tinggi untuk tempoh yang lama.

Jualan rumah baharu di AS meningkat 12.3 peratus bulan ke bulan kepada 759,000 unit pada September, lebih tinggi daripada anggaran konsensus sebanyak 680,000 unit. Ia adalah paras tertinggi sejak Februari 2022.

Pada 9 pagi, ringgit merosot nilai kepada 4.7850/7895 berbanding dolar AS daripada penutupan Rabu pada 4.7780/7830, labor Bernama.

Ketua Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata berikutan data ekonomi AS terkini yang begitu positif, penanda aras bon Perbendaharaan AS meneruskan pergerakan ke arah paras 5.0 peratus.

“Justeru, ringgit dijangka lemah dalam julat RM4.78 hari ini kerana sentimen pasaran masih terkawal dan lebih memihak kepada prospek dolar AS,” katanya kepada Bernama.

Pemain pasaran turut menantikan anggaran awal keluaran dalam negara kasar suku ketiga AS lewat hari ini untuk mendapatkan hala tuju keputusan kadar faedah Rizab Persekutuan AS yang seterusnya sebelum mesyuaratnya pada akhir bulan ini.

Pada sesi awal dagangan, ringgit kebanyakannya bergerak lebih tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.

Mata wang tempatan meningkat berbanding pound Britain kepada 5.7851/7905 daripada 5.7905/7965 dan mengukuh berbanding yen Jepun kepada 3.1858/1890 daripada 3.1866/1902 semalam.

Bagaimanapun, nilai ringgit lemah berbanding euro kepada 5.0525/0572 daripada 5.0494/0547 sebelum ini.

Berbanding mata wang Asean yang lain, ringgit diniagakan bercampur-campur.

Nilai ringgit meningkat berbanding dolar Singapura pada 3.4858/4896 daripada 3.4871/4910 dan mengukuh berbanding baht Thai pada 13.1637/1804 daripada 13.1960/2153 sebelumnya.

Namun begitu, mata wang tempatan susut berbanding rupiah Indonesia kepada 301.4/301.9 daripada 301.0/301.5 dan turun berbanding peso Filipina pada 8.41/8.42 daripada 8.40/8.41 sebelumnya.

Berita berkaitan
Ringgit kembali susut berbanding dolar, dibuka paras RM4.68
November 23, 2023· Isu semasa
Ringgit dibuka paras RM4.72 berbanding dolar, kembali menyusut
November 10, 2023· Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.72 untuk seminggu ini, kekal rendah lagi
November 4, 2023· Isu semasa
Walaupun ringgit jatuh, Anwar kata ekonomi negara masih berdaya saing
November 2, 2023· Isu semasa
Popular
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Jutawan rakan baik Anwar beli saham rangkaian hotel terkait Zahid
July 6, 2021
Kenapa lepasan SPM tidak minat ke IPT?
August 25, 2022
Edar dadah 23.5kg, tiga lelaki termasuk bergelar ‘Datuk’ didakwa
December 4, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Edar dadah 23.5kg, tiga lelaki termasuk bergelar ‘Datuk’ didakwa
17 jam lalu · Isu semasa
PRK Kemaman: Peratusan keluar mengundi setakat 4 petang sebanyak 60 peratus
December 2, 2023 · Isu semasa
Remaja cuba samun pemandu e-hailing didakwa esok
December 2, 2023 · Isu semasa
Dakwaan gangguan seksual dihadapi Wahab, polis akan panggil beberapa individu
December 2, 2023 · Isu semasa
Laporan Wahab dakwa Agus buat gangguan seksual disiasat polis
December 1, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Tuan Guru Hadi di Grand Finale PRK Kemaman
December 2, 2023
[VIDEO] Ucapan Radzi Jidin di Grand Finale PRK Kemaman
December 2, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok