Ringgit dibuka rendah berbanding dolar, tren menyusut

August 28, 2023 · Isu semasa

Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS hari ini berikutan mata wang Amerika Syarikat (AS) itu kekal kukuh susulan kenyataan daripada Pengerusi Rizab Persekutuan (Fed) AS Jerome Powell yang menyokong kepada kadar faedah tinggi.

Pada 9 pagi, mata wang tempatan merosot kepada 4.6400/6430 berbanding dolar AS daripada 4.6385/6430 pada Jumaat lepas, lapor Bernama.

Powell menegaskan sokongannya kepada kadar “tinggi untuk tempoh lebih lama” di Jackson Hole Symposium pada Jumaat lepas, yang terus menyokong dolar AS, kata seorang penganalisis.

Ketua Ekonomi dan Kewangan Sosial Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata ringgit dijangka terus diniagakan dalam jajaran kecil berikutan Fed dijangka mengekalkan pendirian dasar monetarinya yang terhad.

Dalam perkembangan lain, katanya data Indeks Harga Pengguna (IHP) terkini bagi Malaysia, yang mencapai dua peratus pada Julai, menunjukkan bahawa Bank Negara Malaysia akan mengekalkan Kadar Dasar Semalaman yang stabil pada tiga peratus untuk baki 2023.

“Sehubungan itu, permintaan terhadap dolar AS dijangka kekal positif dalam persekitaran ketidaktentuan ekonomi global yang meningkat, terutamanya di China, berikutan peserta pasaran akan mencari perlindungan dalam mata wang selamat.

“Ringgit dijangka berada antara RM4.63 dan RM4.65 berbanding dolar AS hari ini,” katanya kepada Bernama.

Sementara itu, ringgit dibuka kebanyakannya rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.

Mata wang tempatan merosot berbanding euro kepada 5.0126/0158 daripada 5.0054/0103 pada Jumaat lepas dan susut berbanding pound kepada 5.8441/8479 daripada 5.8385/8441, bagaimanapun meningkat berbanding yen Jepun kepada 3.1670/1693 daripada 3.1757/1790 sebelum ini.

Pada masa yang sama, ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang ASEAN lain.

Ia merosot berbanding dolar Singapura kepada 3.4246/4273 daripada 3.4202/4238 pada Jumaat lepas dan susut berbanding rupiah Indonesia kepada 303.3/303.7 daripada 303.2/303.7 sebelum ini.

Bagaimanapun, mata wang tempatan naik berbanding baht Thailand kepada 13.2081/2223 daripada 13.2121/2309 pada Jumaat lepas dan tidak berubah berbanding peso Filipina kepada 8.20/8.21.

Berita berkaitan
Anwar akui ada kenaikan harga barang, kerajaan sedang cari jalan selesaikan
September 29, 2023· Isu semasa
Nilai ringgit jatuh lagi, sudah cecah RM4.70
September 27, 2023· Isu semasa
Nilai ringgit cecah RM4.70 berbanding dolar, susut lagi
September 27, 2023· Isu semasa
Ringgit dibuka menghampiri RM4.70 berbanding dolar
September 22, 2023· Isu semasa
Popular
Banjir: Mangsa di Kedah dan Perlis meningkat tapi kerajaan pusat seakan tak endah
September 29, 2023
Larikan seorang penganggur, enam ditahan termasuk pegawai dan anggota polis
September 29, 2023
Pengenalan caj bayaran QR tak bebankan golongan berpendapatan rendah: PMX
September 29, 2023
Tiga PPS di Kedah ditutup, mangsa banjir menurun
September 29, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Tiga PPS di Kedah ditutup, mangsa banjir menurun
19 jam lalu · Isu semasa
Larikan seorang penganggur, enam ditahan termasuk pegawai dan anggota polis
19 jam lalu · Isu semasa
Pengenalan caj bayaran QR tak bebankan golongan berpendapatan rendah: PMX
September 29, 2023 · Isu semasa
Isu bekalan beras, Mat Sabu kata sudah bertemu wakil PM India
September 29, 2023 · Isu semasa
Banjir: Mangsa di Kedah dan Perlis meningkat tapi kerajaan pusat seakan tak endah
September 29, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tak wajar polis pantau PN setiap jam, ganggu kempen calon
3 jam lalu
[VIDEO] Dakwaan Menteri jejas pelancongan, boleh ke Langkawi pakai seluar pendek
September 27, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok