Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS

September 23, 2021 · Isu semasa

Ringgit merosot berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) ketika dibuka hari ini susulan keputusan positif mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) Amerika Syarikat (AS) semalam, yang pada akhirnya boleh menyebabkan kenaikan kadar dasar mereka, menurut penganalisis.

Pada jam 9 pagi, unit tempatan itu susut kepada 4.1925/1955 daripada 4.1910/1950 sewaktu ditutup pada Rabu.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata mesyuarat FOMC semalam berakhir dengan Rizab Persekutuan AS secara jelas menyatakan hasrat untuk mengurangkan program pembelian asetnya tidak lama lagi.

“Ahli FOMC berpandangan ekonomi AS telah menunjukkan kemajuan yang memberangsangkan ke arah mencapai matlamat dua dasarnya termasuk guna tenaga yang maksimum serta kestabilan harga,” katanya kepada Bernama.

Memetik Bernama beliau berkata Fed AS menunjukkan lebih ramai peserta menjangkakan kadar faedah yang lebih tinggi pada tahun depan, yang mana kadar dana mungkin lebih tinggi melebihi 0.25 peratus pada 2022.

“Tinjauan dalam kalangan ahli Fed AS turut seiring dengan unjuran ekonomi memandangkan ramalan Keluaran Dalam Negara Kasar AS bagi 2022 telah melonjak sehingga 3.8 peratus daripada 3.3 peratus yang diunjur pada Jun,” katanya.

Mohd Afzanizam berkata unjuran kadar inflasi turut disemak menaik sehingga 2023, yang menunjukkan kitaran kenaikan kadar akan bermula pada 2022.

Oleh itu, beliau berkata dolar AS turut mengukuh berbanding mata wang utama lain, manakala ringgit kekal lemah hari ini.

Sewaktu dibuka, ringgit lebih tinggi berbanding kumpulan mata wang utama lain.

Ringgit naik berbanding pound Britain kepada 5.7085/7126 daripada 5.7140/7195 sewaktu ditutup pada Rabu, naik berbanding dolar Singapura kepada 3.0948/0972 daripada 3.0996/1028 dan meningkat kepada 4.8998/9033 berbanding euro daripada 4.9156/9203 semalam.

Unit tempatan turut naik berbanding yen kepada 3.8162/8193 daripada 3.8270/8311 sebelum ini.

Berita berkaitan
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024· Isu semasa
Anwar patut jawab kejatuhan ringgit bukan orang lain, kata Ahli Parlimen
March 5, 2024· Politik
Sekarang rakyat cakap balik kepada Tambun, ‘Hang yang tak reti jaga negeri’
March 5, 2024· Politik
Sekarang siapa jadi kerajaan, Muhyiddin kritik isu kejatuhan ringgit
February 24, 2024· Isu semasa
Popular
Dr. Sheikh Muszaphar kongsi cara didik anak
October 5, 2021
Usahawan PMKS, pekerja sokong syor Muhyiddin mudahkan bantuan
October 23, 2022
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
Lelaki juga berisiko alami gangguan seksual
February 13, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok