Ringgit dibuka pada RM4.77 berbanding dolar, teruskan tren menurun

October 23, 2023 · Isu semasa

Ringgit memulakan urus niaga pagi ini rendah berbanding dolar AS berikutan permintaan yang tinggi untuk mata wang AS di tengah-tengah konflik yang berterusan di Timur Tengah.

Pada 9 pagi, mata wang tempatan menyusut nilai kepada 4.7750/7785 berbanding dolar AS daripada penutupan Jumaat minggu lepas pada 4.7655/7700, lapor Bernama.

Ketua Ekonomi dan Kewangan Sosial Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid menjangkakan kecenderungan Rizab Persekutuan AS terhadap kadar faedah dalam keadaan semasa boleh meningkatkan lagi permintaan berterusan terhadap dolar AS.

“Kami percaya dolar AS akan terus disokong dengan baik berikutan konflik geopolitik di Timur Tengah,” katanya kepada Bernama.
Sementara itu, harga minyak yang menyusut turut mempengaruhi ringgit untuk bergerak rendah selepas mencatatkan peningkatan Jumaat lepas.

Pada sesi awal dagangan, ringgit diniagakan kebanyakannya lebih rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.

Nilai mata wang tempatan menguncup berbanding euro kepada 5.0543/0580 daripada 5.0462/0510, menyusut berbanding pound Britain menjadi 5.8059/8102 daripada 5.7777/7831 dan rendah berbanding yen pada 3.1861/1886 daripada 3.1781/1813 sebelumnya.

Berbanding mata wang Asia yang lain, ringgit diniaga bercampur-campur.

Mata wang tempatan mengukuh berbanding baht Thai pada 13.0347/0489 daripada 13.0504/0681 pada penutupan urus niaga Jumaat tetapi susut berbanding dolar Singapura pada 3.4773/4801 daripada 3.4731/4767, lemah berbanding rupiah Indonesia pada 300.7/301.2 daripada 300.1/300.7 dan rendah berbanding peso Filipina pada 8.41/8.43 daripada 8.38/8.40.

Berita berkaitan
Ringgit kembali susut berbanding dolar, dibuka paras RM4.68
November 23, 2023· Isu semasa
Ringgit dibuka paras RM4.72 berbanding dolar, kembali menyusut
November 10, 2023· Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.72 untuk seminggu ini, kekal rendah lagi
November 4, 2023· Isu semasa
Walaupun ringgit jatuh, Anwar kata ekonomi negara masih berdaya saing
November 2, 2023· Isu semasa
Popular
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Jutawan rakan baik Anwar beli saham rangkaian hotel terkait Zahid
July 6, 2021
Kenapa lepasan SPM tidak minat ke IPT?
August 25, 2022
Edar dadah 23.5kg, tiga lelaki termasuk bergelar ‘Datuk’ didakwa
December 4, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Edar dadah 23.5kg, tiga lelaki termasuk bergelar ‘Datuk’ didakwa
17 jam lalu · Isu semasa
PRK Kemaman: Peratusan keluar mengundi setakat 4 petang sebanyak 60 peratus
December 2, 2023 · Isu semasa
Remaja cuba samun pemandu e-hailing didakwa esok
December 2, 2023 · Isu semasa
Dakwaan gangguan seksual dihadapi Wahab, polis akan panggil beberapa individu
December 2, 2023 · Isu semasa
Laporan Wahab dakwa Agus buat gangguan seksual disiasat polis
December 1, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Tuan Guru Hadi di Grand Finale PRK Kemaman
December 2, 2023
[VIDEO] Ucapan Radzi Jidin di Grand Finale PRK Kemaman
December 2, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok