Ringgit dibuka menghampiri RM4.70 berbanding dolar

September 22, 2023 · Isu semasa

Ringgit dibuka tinggi sedikit berbanding dolar AS pada pagi ini berikutan permintaan sederhana terhadap unit tempatan itu.

Pada 9 pagi, unit tempatan meningkat kepada 4.6855/6905 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.6890/6940 pada Khamis, lapor Bernama.

Ketua ekonomi dan kewangan sosial Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata mata wang tempatan itu berada dalam kedudukan terlebih jual dari segi teknikal, sekali gus membuka lebih banyak peluang dagangan.

“Bagaimanapun, masih belum pasti sama ada trend sebegitu dapat dikekalkan memandangkan pendirian cenderung menaikkan kadar oleh Rizab Persekutuan AS,” katanya kepada Bernama.

Mengenai perkembangan lain, beliau berkata data Indeks Harga Pengguna Malaysia (IHP) dijangka diumumkan hari ini, dengan konsensus mengunjurkan kadar inflasi boleh dikekalkan pada 2.0 peratus pada Ogos selepas mereda kepada 2.0 peratus pada Julai.

“Sekiranya menjadi kenyataan, ia akan memperkukuh status quo dalam kadar dasar semalaman pada Mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) akhir tahun pada November,” katanya.

Ringgit diniagakan kebanyakannya tinggi berbanding kumpulan mata wang utama lain.

Unit tempatan meningkat berbanding euro kepada 4.9924/9977 daripada 4.9947/5.000 pada sesi penutup dagangan pada Khamis, naik berbanding pound Britain kepada 5.7543/7604 daripada 5.7632/7694 semalam, susut berbanding yen Jepun kepada 3.1736/1772 daripada 3.1650/1686 sebelumnya.

Pada masa yang sama, mata wang tempatan diniagakan kebanyakannya lebih tinggi berbanding mata wang negara-negara Asean lain.

Ia mengukuh berbanding baht Thailand kepada 12.9473/9686 daripada 12.9695/9880 pada Khamis dan naik berbanding rupiah Indonesia kepada 304.6/305.2 daripada 304.9/305.4 sebelumnya.

Ringgit meningkat berbanding peso Filipina kepada 8.24/8.26 daripada 8.25/8.26 dan tidak berubah berbanding dolar Singapura kepada 3.4271/4310.

Berita berkaitan
Ringgit dibuka rendah RM4.67 berbanding dolar
6 jam lalu· Isu semasa
Ringgit dibuka rendah, jatuh dua hari berturut-turut
December 7, 2023· Isu semasa
Ringgit kembali susut berbanding dolar, dibuka paras RM4.68
November 23, 2023· Isu semasa
Ringgit dibuka paras RM4.72 berbanding dolar, kembali menyusut
November 10, 2023· Isu semasa
Popular
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Hutang Kerajaan Persekutuan meningkat sebanyak RM100.2 bilion setakat 2021
February 16, 2023
Orang ramai dinasihati waspada penyamaran dan penipuan melalui WhatsApp
December 7, 2023
Pelabur asing rekod jualan bersih minggu lepas: MIDF
December 11, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
2 jam lalu · Isu semasa
Pelabur asing rekod jualan bersih minggu lepas: MIDF
6 jam lalu · Isu semasa
KBS akan beri penjelasan padang Bukit Jalil rosak minggu depan, kata menteri
December 9, 2023 · Isu semasa
Mat Sabu kata bekalan bawang negara mencukupi
December 9, 2023 · Isu semasa
Loke sahkan tiada diskaun saman JPJ akan diberikan
December 9, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Setahun Anwar Ibrahim perdaya rakyat dengan janji politik
December 9, 2023
[VIDEO] Dr Sam angkat sumpah Ahli Parlimen Kemaman
December 8, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok