Rakyat mahu tahu kebenaran berhubung skandal LCS, kata bekas AG

August 14, 2022 · Isu semasa

Skandal projek kapal tempur pesisir (LCS) adalah sesuatu yang mengejutkan negara dan rakyat menuntut kebenaran disebalik yang berlaku dalam isu tersebut, kata Tan Sri Abu Talib Othman.

Bekas Peguam Negara itu menggesa supaya kerajaan bersikap telus dan tidak menyembunyikan perkara sebenar yang berlaku dalam skandal LCS, malah menyifatkan langkah nyahklasifikasi dokumen berhubung perolehan projek tersebut sebagai langkah yang terbaik perlu diambil kerajaan.

“Rakyat kini sangat tertunggu-tunggu jawapan apakah sebenarnya yang berlaku, maka kerajaan perlu bersikap telus, lebih-lebih lagi pelbagai macam tuduhan dibuat (terhadap kerajaan).

“Maka dengan mengnyahklasifikasi laporan itu, sebagai cara untuk menjelaskan supaya rakyat benar-benar tahu sama ada kerajaan menjalankan tugasnya demi kepentingan rakyat dan negara,” katanya dipetik laporan BH.

Bagaimanapun, Abu Talib berkata perkara itu masih bergantung kepada kepada keputusan kerajaan untuk sama ada mengambil langkah menyahklasifikasi dokumen tersebut atau pun tidak.

Jelasnya lagi, keputusan untuk mendedahkan Laporan Pengauditan Forensik Projek Kapal Tempur Pesisir (LCS) itu tertakluk kepada pihak yang mempunyai bidang kuasa terhadap laporan yang dihasilkan oleh Jawatankuasa Siasatan Tadbir Urus, Perolehan dan Kewangan Kerajaan (JKSTUPKK) itu.

“Keputusan untuk sesuatu dokumen dinyahklasifikasi (declassify) atau tidak, adalah satu kuasa kerajaan.

“Oleh kerana ia keputusan kerajaan, maka ia boleh dipercepatkan dan ia boleh diperlambatkan kerana kuasa di tangan kerajaan,” katanya lagi.

Abu Talib berkata, keputusan sama ada laporan berkenaan akan dinyahklasifikasi dan bila juga terpulang kepada siapakah pihak yang bertanggungjawab atas laporan itu, sama ada Perdana Menteri atau menteri atau Kabinet atau pun Yang di-Pertuan Agong.

Katanya, sekiranya laporan berkenaan berada di bawah bidang kuasa menteri, maka menteri terbabit boleh menyahklasifikasikan laporan itu pada bila-bila masa.

“Namun yang sebaik-baiknya, pihak Kabinet yang membuat keputusan kerana mereka bertanggungjawab secara kolektif. Perkara ini tertakluk di bawah bidang kuasa kerajaan, melainkan Kabinet memberi kuasa kepada Perdana Menteri.

“Yang pentingnya, perlu tengok perkara itu (laporan itu) di bawah bidang kuasa siapa, adakah ia di bawah tanggungjawab sesebuah kementerian, maka menteri di kementerian terbabit boleh buat keputusan.

“Menteri boleh menasihatkan Kabinet untuk menyahklasifikasikan laporan itu atau tidak, ini kerana ia membabitkan dokumen kerajaan berkaitan dengan rahsia kerajaan,” katanya.

Rabu lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam kenyataan, berkata mesyuarat Jemaah Menteri memutuskan agar Laporan JKSTUPKK yang dipengerusikan bekas Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang dibenarkan untuk disiarkan kepada umum.

Berita berkaitan
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024· Isu semasa
DAP semakin berani disebabkan UMNO hanya ‘penumpang’ dalam kerajaan
February 13, 2024· Politik
Isu RM750 juta, PAS minta PMX beri penjelasan jangan melulu buat tuduhan
January 10, 2024· Politik
PN tiada dana untuk mulakan langkah tukar kerajaan, kata Hadi
January 5, 2024· Politik
Popular
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024
Helikopter terhempas di Bidor, juruterbang terbunuh: Polis
September 12, 2022
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok