Rafizi gagal dedah peralatan kapal LCS boleh dibeli di 7-Eleven seperti dijanjikan

August 22, 2022 · Isu semasa

Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli yang mendakwa barangan peralatan perang kapal tempur pesisir pantai (LCS) boleh dibeli di 7-Eleven, tidak menyatakan apakah jenis barang berkenaan.

Dalam kenyataan terbaharu hari ini, dia hanya mendedahkan syarikat yang didakwanya sebagai palsu dan digunakan untuk menjadi pembekal alat-alat ganti kepada projek kapal LCS.

Semalam, bekas Ahli Parlimen Pandan itu mendedahkan pembelian peralatan kapal LCS yang katanya boleh dibeli di 7-Eleven tidak ada kena mengena dengan pembinaan kapal tempur milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) itu.

“Tunggu Isnin, saya akan sebut barang jenis apa dibeli dengan RM1.7 bilion (peruntukan untuk membina LCS itu).

“Ada yang tak ada kena-mengena dengan perang pun, yang kita boleh beli dari 7-Eleven,” katanya pada majlis pelancaran trak #AyuhMalaysia di Wangsa Maju malam semalam.

Rafizi sebelum ini juga membuat pendedahan dengan menamakan beberapa pemimpin UMNO yang terlibat dalam skandal LCS yang terdiri daripada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, bekas Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Pertahanan sekarang, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Skandal LCS tercetus susulan pendedahan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) pada 4 Ogos lalu, dua tahun selepas memulakan siasatan terhadap kontrak bernilai RM9.13 bilion.

PAC – badan dwipartisan di Parlimen – berkata projek membina enam kapal itu telah dianugerahkan oleh Kementerian Pertahanan kepada Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS) melalui rundingan terus, dan kerajaan telah membayar RM6.08 bilion atau 66.65 peratus daripada kos setakat ini.

Bagaimanapun, tiada satu pun kapal LCS telah dihantar. Mengikut garis masa PAC, lima kapal LCS sepatutnya telah siap dan diserahkan kepada kerajaan menjelang Ogos 2022.

Susulan itu, kerajaan bertindak menyahklasifikasi dokumen berhubung perolehan LCS dan terbukti terdapat nama pemimpin-pemimpin UMNO yang terlibat secara langsung dalam mengatur projek kapal itu.

Zahid yang juga Presiden UMNO didedahkan dalam dokumen itu menandatangani dalam satu surat yang menyokong perolehan itu diberikan kepada kontraktor pilihannya walaupun pada awalnya menafikan terlibat dalam meluluskan projek tersebut.

Untuk rekod, pemberian kontrak pembekalan enam kapal LCS itu diberikan ketika Barisan Nasional dan UMNO memerintah iaitu bermula dengan surat anugerah pada 2011 disusuli penyerahan kontrak kepada Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS) pada 2014.

Sementara itu, dalam kenyataan hari ini Rafizi mendakwa dua syarikat palsu – Alizes Marine Limited didaftar di Malta dan Alizes Marine Labuan didaftar di Labuan – digunakan untuk menjadi pembekal alat-alat ganti projek kapal LCS.

Menurutnya Alizes Marine Limited hanya diketahui apabila pangkalan data syarikat pesisir luar pantai dibocorkan oleh pemberi maklumat sehingga menjadi skandal besar dunia dikenali sebagai Panama Papers dan Paradise Papers.

Dia juga mendakwa syarikat-syarikat seperti itu yang gtiada kepakaran telah dilantik menjadi juru runding teknikal projek berkenaan dan menghantar invois bagi kerja-kerja yang tidak dilaksanakan.

“Sebanyak RM23.37 juta diselewengkan menggunakan kaedah ini di awal pelaksanaan projek sekitar 2011 hingga 2014,” dakwanya.

Rafizi juga mendedahkan kononnya Alizes Marine dilantik sebagai pembekal alat gantian kepada projek LCS, berdasarkan maklumat palsu ia mempunyai lesen daripada kerajaan Perancis untuk menjadi pengeksport global alat ganti pertahanan.

“Projek LCS membayar sekitar RM210 juta bagi alat-alat gantian yang kononnya dibekalkan oleh syarikat Perancis tetapi bayaran diselewengkan ke syarikat-syarikat palsu yang ditubuhkan di Malta dan Labuan,” katanya.

Dia juga mendakwa pemegang saham syarikat berkenaan mempunyai kaitan dengan bekas timbalan menteri pertahanan daripada UMNO ketika BN memerintah sebelum ini.

Berita berkaitan
Khairy tak rasa bekas Peguam Negara akan beri penjelasan kes Zahid dihentikan
6 jam lalu· Politik
KJ ungkit kenyataan Azalina ‘peguam negara orang PM’, sindir kes rasuah Zahid
19 jam lalu· Politik
Penjelasan kes Zahid lebih kepada retorik politik cikgu dan anak murid
September 20, 2023· Politik
Permohonan akan dibuat untuk ketepikan tiga pertuduhan, kata peguam Muhyiddin
September 19, 2023· Politik
Popular
Ribuan peniaga diramal gulung tikar ekoran kenaikan harga bahan mentah: Laporan
September 20, 2023
Zaid Ibrahim disiasat bawah Akta Hasutan, diambil keterangan
September 21, 2023
Kemalangan treler: Pekerja Pos Malaysia dan Mahkamah Ampang dikenal pasti maut
September 20, 2023
Pemandu bas sekolah dijatuhi hukuman penjara lapan tahun kerana meliwat
September 20, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Zaid Ibrahim disiasat bawah Akta Hasutan, diambil keterangan
3 jam lalu · Isu semasa
RM4 juta masuk akaun Najib dari syarikat berkait Jho Low: Saksi
3 jam lalu · Isu semasa
Kemalangan treler Putrajaya: Pemandu direman empat hari
4 jam lalu · Isu semasa
Penagih dadah meningkat 27 peratus, kata AADK
6 jam lalu · Isu semasa
Kemalangan treler: Pekerja Pos Malaysia dan Mahkamah Ampang dikenal pasti maut
19 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Susah senang bersama, PN tidak akan khianat pengundi sertai kerajaan PH-BN
2 jam lalu
[VIDEO] Rakyat beratur beli beras Rahmah macam negara kita miskin
6 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok