Pulau Pinang, Perlis banjir

October 16, 2022 · Isu semasa

Hujan lebat berterusan sejak malam tadi menyebabkan beberapa kawasan di bahagian pulau di Pulau Pinang dan Perlis mengalami banjir kilat, namun tiada pusat pemidahan sementara (PPS) dibuka.

Antara kawasan terlibat di Pulau Pinang ialah Jalan P Ramlee; Kampung Masjid; dan Kampung Naran, yang membabitkan berpuluh-puluh rumah kediaman yang dinaiki air sehingga paras lutut.

Bagaimanapun, banjir itu tidak membabitkan pemindahan mangsa.

Pengerusi Jawatankuasa Alam Sekitar, Phee Boon Poh, berkata paras air di Sungai Pinang juga melepasi tahap bahaya 2.5 meter tetapi tidak melimpah dan kemudian surut ke paras amaran.

“Keadaan adalah terkawal dan semua pam air berfungsi dengan baik tetapi kita akan teruskan pemantauan,” katanya.

Beliau berkata, laporan diterima kawasan berkenaan dinaiki air antara 30 sentimeter hingga 50 sentimeter.

“Petugas juga sudah dikerah ke lokasi berkaitan untuk memantau keadaan dan menghulurkan bantuan yang diperlukan. Sehingga jam 10 pagi ini, banjir di kawasan berkenaan sudah surut,” katanya.

Sementara itu, beberapa kawasan di Kangar, Perlis turut mengalami banjir kilat susulan hujan lebat sejak malam tadi.

Aantara kawasan terlibat ialah Taman Kuala Perlis; Kampung (Kg) Sentua; Kg Seriab; dan Kg Bakau.

Anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dilaporkan telah diarah membantu penduduk yang terlibat, namun tiada PPS yang dibuka untuk menempatkan mangsa.

APM Perlis juga turut memantau kawasan berisiko tinggi untuk banjir serta sungai yang berada pada tahap waspada di sekitar Perlis.

Sementara itu, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Perlis mengeluarkan senarai lokasi berisiko banjir di negeri itu yang melibatkan tiga daerah iaitu Kangar, Padang Besar dan Arau.

Di Kangar, kawasan terlibat ialah Taman Kemajuan; Taman Guru Jaya; Kg Wang Bintong; Kg Wang Besar; Kg Abi; Taman Semarak; Taman Bukit Kubu; Kg Nelayan; RPA Kuala Perlis; Kg Jarak; Taman Sri Bintong; Bukit Kedak; Semadong; Kg Tebing Tinggi; Kg Repoh; Padang Malau; Padang Melangit; Sena; dan Kg Bakau.

Di Padang Besar melibatkan Taman Beseri Jaya; Balai Baru; Guar Jentik; Taman Melati Indah; Kg Gial; Kg Paya; Kg Wang Kelian; Batu 16 Kaki Bukit; Kg Titi Tinggi; Felcra Lubuk Sireh; dan Pekan Padang Besar.

Sementara di Arau pula ialah Kg Panggas; Kubang Tiga; Kg Batu Bertangkup; Ulu Pauh; Kg Titi Besi; Pekan Arau; Batas Liku; Kg Guar Gajah; Mata Ayer; Behor Gelam; Kampus UNIMAP Ulu Pauh; Kg Banggol Sena; Kg Rambai; Kg Bumbung Lima; Kg Katong; Kg Guring; Felcra Ulu Pauh; dan Kg Sentua.

Berita berkaitan
278 mangsa banjir di tiga negeri masih ditempatkan di PPS
January 17, 2024· Isu semasa
Banjir Kelantan: Penduduk di Kuala Krai terputus hubungan, jalan tenggelam
December 27, 2023· Isu semasa
Banjir: Kelantan dan Perak catat peningkatan mangsa dipindahkan
December 17, 2023· Isu semasa
Banjir di Johor: 538 orang dipindahkan ke PPS, paras sungai naik
December 1, 2023· Isu semasa
Popular
Minyak botol vs minyak peket
July 20, 2022
Wisma Putra sahkan Ebit Lew masih teruskan misi bantuan Palestin
June 12, 2021
Skandal LCS: TLDM kalah bertempur sejak awal, kata bekas panglima
August 15, 2022
KKM sahkan bantu WHO kaji tiga jenis ubat rawat Covid-19
August 13, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok