Puad bidas bekas MB tidur dalam dewan, pertahan nasihat ‘beruk dalam sangkar’

April 23, 2022 · Isu semasa

Speaker baharu Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, Datuk Mohd Puad Zarkashi membidas bekas Menteri Besar (MB) Johor, Datuk Seri Ir. Hasni Mohammad susulan tegurannya berhubung peringatan agar tidak menjadikan dewan sebagai ‘sangkar beruk’.

Puad mempertahankan kata-katanya dalam dewan baru-baru ini, malah menyindir Hasni yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor yang salah tafsir kenyataan tersebut mungkin kerana tidur semasa menghadiri sidang tersebut.

Puad berkata, beliau hanya menambah ingatan agar semua memikul tanggungjawab sebagai pembina utama sendi-sendi bernegara dan berbangsa serta memelihara nama baik Bangsa Johor.

“Apakah itu menghina? Kenapa Hasni mesti memetik daripada portal lain sedangkan dia ada dalam Dewan. Apakah dia tidur dalam Dewan?

“Hasni boleh semak hansard Dewan sebelum buat komen. Sebenarnya lena dalam Dewan adalah menghina Dewan,” katanya dipetik laporan Utusan Malaysia.

Terdahulu, Hasni menegur Puad yang tidak tidak seharusnya berkata demikian, meskipun sekadar untuk mengingatkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).

“Sebagai Speaker dan Ahli Dewan, seeloknya beliau beri jaminan serta mengutarakan pelan tindakan bagi memperkuat institusi demokrasi negeri dalam masa terdekat.

“Dalam konteks kedudukan beliau, reformasi politik, mengukuhkan kepercayaan rakyat kepada institusi demokrasi serta ahli politik adalah lebih mustahak daripada memainkan sentimen ‘derogatory’ seperti itu,” katanya.

Untuk rekod, Puad yang baharu dilantik menjadi Speaker DUN berkata berdasarkan titah Sultan Johor, rakyat harus menjadi keutamaan dalam sebarang pelan tindakan yang mahu dilakukan di negeri itu dan mengulangi kenyataan ‘beruk dalam sangkar’ tersebut.

“Justeru, ahli-ahli Yang Berhormat marilah kita berbahas secara kritikal tetapi konstruktif sebagai pembina sendi-sendi negara dan bangsa.

“Suka saya ingatkan agar semua ADUN menjadikan titah Sultan Ibrahim sebagai panduan supaya tidak menjadikan persidangan Dewan sebagai ‘sangkar beruk’.

“Ingin saya ingatkan Dewan ini menjadi tempat kita berbincang dan berbuat ketetapan bagi kepentingan rakyat dan negeri Johor. Jangan cemarkan Dewan mulia ini dengan perangai buruk. Ini adalah Dewan mulia bukan ‘dewan sangkar beruk’,” katanya memetik titah tersebut.

Berita berkaitan
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024· Politik
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Radzi arah KSU lapor SPRM dakwaan Zaharin
October 17, 2022
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024
Baik buruk media sosial
March 26, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok