Proses pertukaran guru akan disusun semula: Radzi

May 16, 2022 · Isu semasa

Kementerian Pendidikan (KPM) telah menyusun semula proses pertukaran guru dengan permohonan boleh dibuat sepanjang tahun melibatkan empat kali pertukaran setahun berbanding dua kali sebelum ini.

Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin berkata pertukaran yang dibuat pada setiap Mac, Jun, September dan Disember itu, mengikut kesesuaian tempat yang dipohon serta opsyen mata pelajaran di negeri terbabit, lapor Bernama.

Beliau berkata pihaknya juga akan memastikan guru dapat mengajar subjek selain daripada iktisas kelayakan mereka supaya memberi kelebihan sewaktu meminta pertukaran nanti.

“Langkah itu adalah sebahagian daripada usaha menambah baik semula beberapa struktur sistem pendidikan negara. Penambahbaikan lain yang akan diberi perhatian adalah penyediaan platform aplikasi penyusunan jadual dan pengredan sekolah di seluruh negara,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyempurnakan Majlis Pelancaran Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan Kali Ke-51 Tahun 2022 di Universiti Malaysia Kelantan (UMK) di Bachok.

Pada majlis tersebut Datu Dr Adi Badiozaman @ Badio Zaman Tuah telah dianugerahkan Tokoh Kepimpinan Pendidikan Kebangsaan 2022, manakala Roslan Yatim menerima Anugerah Tokoh Guru Kebangsaan 2022.

Mengulas lanjut, Radzi berkata sistem pengisian pangkalan data maklumat guru dan sebagainya turut akan diberi fokus oleh KPM bagi memudahkan urusan pertukaran dilaksanakan dengan mudah serta cekap.

Menurutnya aspek pembangunan dan kebajikan guru perlu diberi perhatian bagi memastikan pengoperasian sekolah serta tanggungjawab golongan tersebut dapat ditingkatkan kecekapannya ketika bertugas.

“Kami telah turun padang mendengar pandangan dan rungutan daripada warga pendidik mengenai masalah dihadapi mereka, semasa sesi libat urus yang diadakan sebelum ini.

“Kami akan pastikan ketidakcekapan yang berlaku dalam struktur sistem sekolah dapat diatasi bagi memastikan setiap guru mengisi masa mendidik atau mengajar secara optimum,” katanya.

Berita berkaitan
Peguam Bersatu dakwa PMX sasarkan MP Putrajaya secara sistematik selepas dikecam
September 25, 2023· Politik
Wartawan dan kumpulan media bidas SKMM beri tekanan terhadap portal berita
September 25, 2023· Isu semasa
Ini semua luar tabii, kata MP Alor Setar sindir Setiausaha Politik PMX
September 22, 2023· Politik
Kecoh laungan ‘peliwat’ di Dewan Rakyat, Wan Saiful kata Anwar tak layak jadi PM
September 20, 2023· Politik
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Radzi arah KSU lapor SPRM dakwaan Zaharin
October 17, 2022
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024
Baik buruk media sosial
March 26, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok