Kecoh laungan ‘peliwat’ di Dewan Rakyat, Wan Saiful kata Anwar tak layak jadi PM

September 20, 2023 · Politik

Kekecohan yang berlaku di Dewan Rakyat semalam semasa Anwar Ibrahim memberi penjelasan berhubung kes mahkamah anak muridnya, Ahmad Zahid Hamidi menunjukkan beliau tidak layak menjadi seorang Perdana Menteri.

Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan menyifatkan Anwar terlalu emosi semasa memberi penjelasan melibatkan keputusan kerajaan menghentikan prosiding kes rasuah Presiden UMNO tersebut sehingga menimbulkan ketegangan semalam.

“Teks ucapan itu bagus dah, tapi dia (Anwar) cuba juga nak kaitkan nak politikkan isu ini sehingga wujud satu situasi dia menuduh rakan saya Yang Berhormat Dr Radzi Jidin, Ahli parlimen Putrajaya seolah-olah buat rasuah masa duduk dalam pentadbiran kerajaan.

“Ini really unbecoming of Prime Minister (tidak layak menjadi Perdana Menteri). Dan itu yang berlaku apabila dia terlalu emosi dalam nak memperjelaskan situasi.

“Sebab itu bagi saya kalau sekiranya kerajaan hari ini nak memperjelaskan mengenai isu ini… Tolonglah cari orang lainlah, jangan bagi pada Anwar ini untuk jawab kerana lagi buruk keadaan jadinya,” katanya dipetik semasa wawancara dengan Sinar Harian semalam.

Wan Saiful juga berkata Anwar gagal memberi penjelasan sewajarnya kepada rakyat mengenai situasi yang berlaku dalam sistem perundangan negara.

“Saya rasa ini yang dikehendaki oleh kerajaan sekarang apabila individu yang sebelum ini dipersoalkan integriti dan kredibiliti mereka akhirnya dibebaskan daripada segala pertuduhan dengan menggunakan kuasa sedia ada.

“Perkara ini menyebabkan reformasi yang dibentuk oleh kerajaan PH (Pakatan Harapan) dan Barisan Nasional (BN) sudah lama mati,” katanya lagi.

Dewan Rakyat semalam menjadi kecoh selepas Anwar melemparkan tuduhan terhadap Ahli Parlimen Putrajaya kononnya terlibat dalam kes rasuah dalam pentadbiran sebelum ini.

Radzi tidak berpuas hati dengan kenyataan Ahli Parlimen Tambunberhubung tuduhan yang dilemparkan menuntut supaya ia ditarik balik tetapi tidak dihiraukan dan dihalang oleh Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul.

“Saya yakin kamu peliwat, saya yakin Tambun peliwat,” kata Radzi dalam Dewan Rakyat semalam.

Anwar mengeluarkan kenyataan terhadap Radzi ketika sedang memberi penjelasan berhubung keputusan Peguam Negara yang menghentikan prosiding kes rasuah anak muridnya, Zahid.

Anwar semalam menggulung perbahasan Kajian Separuh Penggal (KSP) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) di Dewan Rakyat.

Terdahulu, Anwar memberi penjelasan berhubung keputusan melepaskan tanpa membebaskan (DNAA) kepada Zahid sebelum ini daripada 47 pertuduhan pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram milik Yayasan Akalbudi.

Zahid berdepan 12 pertuduhan pecah amanah, lapan rasuah, dan 27 pengubahan wang haram membabitkan puluhan juta ringgit milik Yayasan Akalbudi.

Beliau diberikan penghakiman DNAA pada 4 September lalu selepas Timbalan Pendakwa Raya Datuk Mohd Dusuki Mokhtar memaklumkan hakim mengenai permohonan Jabatan Peguam Negara untuk menghentikan semua prosiding terhadapnya.

Keputusan itu menimbulkan kemarahan yang meluas, dengan Jabatan Peguam Negara berkata hakim memutuskan berdasarkan alasan kukuh yang dikemukakannya kepada mahkamah.

Berita berkaitan
PMX kata akan umum berita baik pada Khamis selepas lawatan ke UAE
4 jam lalu· Isu semasa
Kerajaan tidak lagi diyakini rakyat, gagal tangani permasalahan: Tun Faisal
4 jam lalu· Politik
Kos tunai haji dijangka naik 11 peratus tahun depan: TH
17 jam lalu· Isu semasa
Kerajaan sedaya upaya tangani isu bekalan beras, kata PMX
17 jam lalu· Isu semasa
Popular
PAS bidas Tok Mat reka naratif palsu, ingatkan sumpah “No Anwar, No DAP”
October 2, 2023
Saya tidak kata Vincent Tan korup, kata Sanusi dalam pembelaan kes saman
October 2, 2023
Permohonan arah Anwar kemuka dokumen dalam saman fitnah oleh Dr M ditolak
October 2, 2023
Kerajaan tidak lagi diyakini rakyat, gagal tangani permasalahan: Tun Faisal
October 3, 2023
Lagi Politik terkini
PAS bidas Tok Mat reka naratif palsu, ingatkan sumpah “No Anwar, No DAP”
16 jam lalu · Politik
Saya tidak kata Vincent Tan korup, kata Sanusi dalam pembelaan kes saman
17 jam lalu · Politik
Permohonan arah Anwar kemuka dokumen dalam saman fitnah oleh Dr M ditolak
23 jam lalu · Politik
Siarkan pendengaran di Parlimen kes Zahid secara langsung, gesa NGO
October 2, 2023 · Politik
Exco Kedah sangkal dakwaan larangan seluar pendek, jual arak kepada bukan islam di Langkawi
October 1, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] DAP mahu kerajaan ‘brainwash’ penjawat awam sebab tak undi parti kerajaan
October 2, 2023
[VIDEO] PH hipokrit, menang undi bukan Melayu dengan janji palsu
October 1, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok