Pos Malaysia catat peningkatan kerugian bersih RM27.01 juta

August 24, 2023 · Isu semasa

Kerugian bersih Pos Malaysia Bhd untuk suku kedua berakhir 30 Jun 2023 meningkat kepada RM27.01 juta daripada RM5.25 juta yang dicatatkan dalam tempoh yang sama tahun sebelum ini.

Hasil bagi suku dalam tinjauan menurun kepada RM465.20 juta berbanding RM517.26 juta sebelumnya, menurut laporan Bernama.

Syarikat itu dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia hari ini berkata perolehan bagi segmen pos susut 16 peratus untuk tempoh enam bulan berakhir 30 Jun 2023, disumbangkan oleh kejatuhan dalam perniagaan kurier berikutan penurunan jumlah keseluruhan bungkusan daripada pelanggan kontrak.

“Selain itu, pemain e-dagang utama telah memanfaatkan keupayaan penghantaran sumber mereka manakala pemain antarabangsa meneruskan strategi penembusan untuk menguasai bahagian pasaran yang lebih tinggi dalam perniagaan kurier,” katanya.

Hasil dalam segmen logistik mencatatkan pertumbuhan 7.0 peratus kepada RM169.4 juta semasa tempoh tersebut.

“Peningkatan ini disumbangkan oleh perniagaan pengurusan kargo (terutamanya daripada penghantaran barang) dan logistik automotif.

“Segmen logistik memberikan keuntungan sebelum cukai sebanyak RM2.2 juta berbanding kerugian sebelum cukai berjumlah RM11.7 juta pada tempoh kewangan lepas atas hasil yang lebih tinggi manakala kos dikekalkan,” katanya.

Sementara itu , segmen penerbangan menyumbang lonjakan hasil sebanyak RM141.4 juta terutamanya daripada peningkatan perniagaan katering dalam penerbangan dan pengendalian darat.

“Ini berikutan pertambahan dalam jumlah makanan untuk penerbangan komersil serta berkaitan umrah, manakala lonjakan jumlah penerbangan yang dikendalikan menyumbang secara positif kepada hasil pengendalian darat.

“Bagaimanapun, keuntungan sebelum cukai susut kepada RM2.9 juta akibat tanggungan kos yang lebih tinggi bagi menyokong pertumbuhan dalam transaksi,” katanya.

Segmen lain, yang merangkumi percetakan serta sisipan, sijil digital dan Ar-Rahnu, mencatatkan pendapatan RM88.0 juta dalam tempoh berkenaan, menokok 35 peratus berbanding tahun lepas, disumbangkan terutamanya oleh Ar-Rahnu.

Secara keseluruhan, Pos Malaysia berkata industri akan terus menghadapi cabaran, termasuk persaingan yang semakin bertambah, peningkatan kos operasi dan ancaman keselamatan siber.

“Kumpulan itu komited sepenuhnya untuk mengukuhkan prestasi kewangannya dengan menerima teknologi digital, meningkatkan perjalanan pelanggan, selain memperjuangkan kemampanan demi masa depan yang lebih hijau dan bersih. Tumpuan utama kami adalah untuk mewujudkan model perniagaan yang mengutamakan kebajikan pekerja, pelanggan dan alam sekitar,” tambahnya lagi.

Sementara itu, dalam satu kenyataan berasingan, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Charles Brewer berkata syarikat itu beroperasi dalam persekitaran yang sangat mencabar serta akan terus mengharungi cabaran tersebut dengan memberi tumpuan kepada kos berubah, rasionalisasi rangkaian dan aliran kerja komersialnya.

“Melangkah ke hadapan, dengan cabaran yang mungkin akan berterusan, kami optimis tetapi berhati-hati dan menjangkakan keputusan yang lebih baik untuk kumpulan pada 2023,” katanya.

Berita berkaitan
Layak atau tidak jadi Speaker tidak menjadi isu bagi saya, kata Johari
November 6, 2023· Politik
Kerugian bersih dicatat Top Glove RM926.64 juta pada Ogos 2023
October 6, 2023· Isu semasa
Yasin diperintah bela diri tiga pertuduhan kes dadah
October 3, 2023· Isu semasa
Mahkamah kembalikan perintah pengharaman buku Gay is Okay! A Christian Perspective”
September 25, 2023· Isu semasa
Popular
Kasut selesa elak sakit kaki
January 24, 2022
Kenapa lepasan SPM tidak minat ke IPT?
August 25, 2022
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Hilang duit dalam akaun: Salah bank atau pengguna?
September 2, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
13 jam lalu · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
13 jam lalu · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok