Layak atau tidak jadi Speaker tidak menjadi isu bagi saya, kata Johari

November 6, 2023 · Politik

Tan Sri Johari Abdul meminta supaya tidak melibatkan beliau dalam sebarang permainan politik, kerana tugasnya sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat ialah menguruskan persidangan supaya ia berjalan dengan lancar.

Johari berkata beliau akan terus berlaku adil dalam mengendalikan perkara itu, tanpa mengira sama ada melibatkan pihak kerajaan mahupun pembangkang, lapor Bernama.

“Saya di sini tidak memihak, di sebelah kanan saya bertanggungjawab, di sebelah kiri juga saya bertanggungjawab. Saya diletakkan di sini sebagai insan yang akan mengendalikan perjalanan (Parlimen) agar keputusan yang diambil memanfaatkan rakyat,” katanya pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab perkara yang dibangkitkan RSN Rayer (PH-Jelutong), yang memohon petuanya berkaitan kenyataan Ketua Pembangkang Datuk Seri Hamzah Zainuddin yang disifatkan menghentam beliau di luar dewan, seperti disiarkan oleh sebuah portal baru-baru ini.

Dalam laporan itu, Hamzah berkata pihak pembangkang diperlakukan dengan tidak adil di Dewan Rakyat, selain turut menempelak Johari sebagai speaker pertama dilantik tanpa latar belakang perundangan.

Mengulas tentang perkara itu Johari berkata beliau tidak kisah dengan apa jua kecaman terhadapnya yang dilakukan di luar Parlimen.

“Apa-apa juga yang diungkapkan dalam dewan ini yang mempersoalkan kewibawaan dan keputusan saya, saya akan ambil tindakan, namun pun begitu sesiapa juga boleh hina saya di luar, boleh panggil saya tidak layak… tidak menjadi isu kepada saya.

“Saya berkhidmat untuk dewan ini, di luar terpulanglah nak kata tak cerdik ke, tak layak, ia bukan tugas saya,” katanya.

Berita berkaitan
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Sesi perbahasan kecoh selepas Ahli Parlimen pertikai tiada menteri dalam dewan
November 27, 2023· Politik
Kerajaan bincang wujudkan lesen bagi Google, Meta dan TikTok
November 21, 2023· Isu semasa
Anwar akui pernah beri ucap tama dałam program LI, tegaskan PKR bukan ahli
November 7, 2023· Politik
Popular
Zahid masih dalam penafian selepas UMNO kalah teruk di Kemaman
December 4, 2023
Kekalahan UMNO di Kemaman kerana rakyat tolak kerjasama dengan DAP: Dr M
December 4, 2023
Hanya pembedahan prostat, semua lelaki ada: Zahid
December 4, 2023
UMNO kalah teruk hilang undi banyak, majoriti Dr Samsuri meningkat
December 2, 2023
Lagi Politik terkini
Zahid masih dalam penafian selepas UMNO kalah teruk di Kemaman
16 jam lalu · Politik
Kekalahan UMNO di Kemaman kerana rakyat tolak kerjasama dengan DAP: Dr M
16 jam lalu · Politik
Hanya pembedahan prostat, semua lelaki ada: Zahid
16 jam lalu · Politik
UMNO kalah teruk hilang undi banyak, majoriti Dr Samsuri meningkat
December 2, 2023 · Politik
Polis siasat Muhyiddin berhubung ucapan semasa ceramah PRK Kemaman
December 2, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Tuan Guru Hadi di Grand Finale PRK Kemaman
December 2, 2023
[VIDEO] Ucapan Radzi Jidin di Grand Finale PRK Kemaman
December 2, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok