Mahkamah kembalikan perintah pengharaman buku Gay is Okay! A Christian Perspective”

September 25, 2023 · Isu semasa

Mahkamah Rayuan Putrajaya hari ini membenarkan rayuan Menteri Dalam Negeri dan kerajaan untuk mengembalikan semula perintah mengharamkan buku “Gay is Okay! A Christian Perspective”.

Panel tiga hakim terdiri daripada Datuk Azizah Nawawi, Datuk M.Gunalan dan Datuk Wong Kian Kheong, dalam keputusan majoriti, membenarkan rayuan Menteri Dalam Negeri dan kerajaan untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi, lapor Bernama.

Mahkamah turut memerintahkan penerbit Chong Ton Sin dan penulis Ngeo Boon Lin membayar kos RM15,000 kepada Menteri Dalam Negeri dan kerajaan untuk prosiding di Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan.

Pada 22 Feb tahun lepas, Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan semakan kehakiman oleh kedua-dua mereka bagi membatalkan perintah yang dikeluarkan Menteri Dalam Negeri untuk mengharamkan buku tersebut.

Hakim Azizah dan Wong dalam keputusan majoriti memihak kepada Menteri Dalam Negeri dan kerajaan Malaysia manakala hakim Gunalan sebaliknya.

Dalam keputusan majoriti, Wong berkata beliau dan Azizah telah meneliti kandungan buku serta tajuknya dan berdasarkan penilaian objektif, mereka berpuas hati bahawa keseluruhan kandungan buku itu dan tajuknya memberi mesej umum bahawa gaya hidup homoseksual adalah tidak dilarang oleh agama Kristian.

Beliau berkata hakim yang memutuskan keputusan majoriti berpuas hati bahawa menteri yang munasabah akan mencapai keputusan kemungkinan buku itu menjejaskan ketenteraman awam, moral dan kepentingan awam.

Walaupun tiada kejadian tidak diingini berlaku dalam tempoh lebih tujuh tahun dari September 2013, tarikh penerbitan buku itu, sehingga warta larangan itu, ini tidak menafikan wujudnya kemungkinan menjejaskan ketenteraman awam, moral dan kepentingan awam, katanya.

Hakim itu berkata di bawah Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984, adalah tidak perlu memberi penerbit dan pengarang buku hak untuk didengari. Beliau juga berkata Seksyen 7 Akta itu juga tidak memerlukan Menteri Dalam Negeri memberi alasan larangan itu, sambil menambah bahawa dalam apa jua keadaan, Menteri Dalam Negeri telah memberikan alasan dalam warta untuk mengharamkan buku itu.

Dalam keputusannya yang bertentangan, Gunalan berkata hakim Mahkamah Tinggi tidak tersilap apabila membenarkan semakan kehakiman responden.

Beliau berkata hakim telah memberikan pertimbangan yang secukupnya kepada fakta dan keadaan secara keseluruhan serta telah menggunakan prinsip undang-undang dengan betul sebelum membuat keputusan untuk membenarkan semakan kehakiman.

Pada 18 Dis 2020, Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah mewartakan satu perintah larangan terhadap buku itu mengikut Seksyen 7(1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984, yang berkuat kuasa pada 27 Nov tahun sama.

Pada 17 Feb 2021, Chong dan Ngeo memfailkan semakan kehakiman yang mendakwa perintah pengharaman itu adalah tidak rasional serta tidak seimbang kerana tidak berlaku insiden tidak diingini yang dicetuskan oleh buku tersebut sejak ia diterbitkan lebih tujuh tahun lepas.

Menteri Dalam Negeri dan kerajaan memfailkan rayuan memohon untuk mengembalikan larangan itu yang telah ditarik balik oleh Mahkamah Tinggi pada 22 Feb 2022.

Berita berkaitan
Permohonan Najib untuk hadir prosiding Mareva ditolak mahkamah
November 24, 2023· Politik
Orang Melayu sudah hilang kuasa, UMNO hanya menumpang dalam kerajaan
November 24, 2023· Politik
Kerajaan dan NFCorp tak rayu keputusan Mahkamah Tinggi
November 23, 2023· Isu semasa
Rakyat bimbang keadaan ekonomi, tahap kepuasan terhadap PMX merosot: Merdeka Center
November 22, 2023· Politik
Popular
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Hutang Kerajaan Persekutuan meningkat sebanyak RM100.2 bilion setakat 2021
February 16, 2023
Orang ramai dinasihati waspada penyamaran dan penipuan melalui WhatsApp
December 7, 2023
Pelabur asing rekod jualan bersih minggu lepas: MIDF
December 11, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
2 jam lalu · Isu semasa
Ringgit dibuka rendah RM4.67 berbanding dolar
6 jam lalu · Isu semasa
Pelabur asing rekod jualan bersih minggu lepas: MIDF
6 jam lalu · Isu semasa
KBS akan beri penjelasan padang Bukit Jalil rosak minggu depan, kata menteri
December 9, 2023 · Isu semasa
Mat Sabu kata bekalan bawang negara mencukupi
December 9, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Setahun Anwar Ibrahim perdaya rakyat dengan janji politik
December 9, 2023
[VIDEO] Dr Sam angkat sumpah Ahli Parlimen Kemaman
December 8, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok