Yasin diperintah bela diri tiga pertuduhan kes dadah

October 3, 2023 · Isu semasa

Mahkamah Sesyen Petaling Jaya hari ini memerintahkan penyanyi nasyid dan komposer Muhammad Yasin Sulaiman membela diri terhadap tiga pertuduhan kes dadah yang dihadapinya.

Hakim Faiz Dziyauddin membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap Muhammad Yasin, 48, di akhir kes pendakwaan, lapor Bernama.

“Seramai tujuh saksi pendakwaan dipanggil memberi keterangan sepanjang kes pendakwaan. Setelah mahkamah meneliti dan menimbang keterangan kesemua saksi secara penilaian maksimum, tertuduh dipanggil untuk membela diri ke atas ketiga-tiga pertuduhan,” katanya.

Ketika keputusan dibacakan, Muhammad Yasin yang berada di dalam kandang tertuduh kelihatan tenang dan setelah jurubahasa menerangkan pilihan yang diberikan, dia memilih untuk meneruskan perbicaraan dengan berdiam diri.

“Yang Arif Tuan Hakim, saya memilih untuk berdiam diri,” kata Muhammad Yasin.

Peguam Ariff Azami Hussein mewakili Muhammad Yasin memberitahu mahkamah, pihaknya telah bersedia dengan saksi pembelaan pertama iaitu Pakar Perunding Forensik Psikiatri Hospital Bahagia Ulu Kinta, Dr Ian Lloyd Anthony.

Pada prosiding hari ini, pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Ahmad Zuhaini Mahamad Amin.

Penyanyi lagu Mimpi Laila itu didakwa memberikan dirinya dadah jenis ’11-nor-delta-9 tetrahydrocannabinol-9-carboxylic acid’ di Pejabat Narkotik IPD Petaling Jaya pada 11.05 malam, 24 Mac tahun lepas.

Dia dituduh mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 15(1) akta sama yang membawa hukuman denda tidak lebih RM5,000 atau penjara maksimum dua tahun, jika sabit kesalahan.

Muhammad Yasin juga didakwa memiliki dadah jenis kanabis seberat 193.7 gram dan menanam 17 pokok ganja dalam pasu di kediamannya di Persiaran Surian Damansara Indah Resort Home, Kota Damansara di sini, pada 5.30 petang, pada tarikh yang sama.

Pertuduhan mengikut Seksyen 6 ADB dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39A(2) akta sama yang membawa hukuman penjara seumur hidup atau tidak kurang lima tahun dan boleh dikenakan hukuman sebat tidak kurang 10 sebatan, serta Seksyen 6B(1)(a) ADB dan boleh dihukum di bawah Seksyen 6B(3) akta sama, yang membawa hukuman penjara seumur hidup dan sebat tidak kurang daripada enam sebatan, jika sabit kesalahan.

Berita berkaitan
Edar dadah 23.5kg, tiga lelaki termasuk bergelar ‘Datuk’ didakwa
16 jam lalu· Isu semasa
Kes saman fitnah: Ramasamy sudah bayar Zakir RM1.52 juta
December 1, 2023· Politik
Najib mohon DNAA bagi tiga lagi pertuduhan membabitkan kes dana SRC
December 1, 2023· Politik
Penganggur didakwa edar dadah Methamphetamine lebih 10 kg
December 1, 2023· Isu semasa
Popular
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Edar dadah 23.5kg, tiga lelaki termasuk bergelar ‘Datuk’ didakwa
December 4, 2023
Kenapa lepasan SPM tidak minat ke IPT?
August 25, 2022
Jangan makan, merokok sebelum ujian kendiri RTK Antigen: Pakar
March 5, 2022
Lagi Isu semasa terkini
PRK Kemaman: Peratusan keluar mengundi setakat 4 petang sebanyak 60 peratus
December 2, 2023 · Isu semasa
Remaja cuba samun pemandu e-hailing didakwa esok
December 2, 2023 · Isu semasa
Dakwaan gangguan seksual dihadapi Wahab, polis akan panggil beberapa individu
December 2, 2023 · Isu semasa
Laporan Wahab dakwa Agus buat gangguan seksual disiasat polis
December 1, 2023 · Isu semasa
Banjir di Johor: 538 orang dipindahkan ke PPS, paras sungai naik
December 1, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Tuan Guru Hadi di Grand Finale PRK Kemaman
December 2, 2023
[VIDEO] Ucapan Radzi Jidin di Grand Finale PRK Kemaman
December 2, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok