Polis Terengganu guna dron imbas suhu badan dari paras 20 meter

June 6, 2021 · Isu semasa

Polis Terengganu menggunakan dron bagi mengesan individu dengan suhu badan tinggi yang berada di tempat awam sepanjang tempoh pelaksanaan Sekatan Pergerakan Penuh (SPP) atau ‘total lockdown’.

Ketua Polis Terengganu Datuk Rohaimi Md Isa berkata penggunaan dron itu dapat membantu anggota penguat kuasa dalam pemantauan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) SPP dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Beliau berkata, dron – dipinjamkan sebuah syarikat swasta – dilengkapi teknologi pengimbas itu mampu mengesan suhu badan dalam kelompok manusia pada jarak 20 meter dari udara.

“Sekiranya dron ini mengesan individu yang mempunyai suhu badan tinggi seperti 37.5 darjah Celsius, ia akan menyalakan lampu merah dan anggota penguat kuasa kita akan segera ke lapangan untuk mengenal pasti individu bergejala itu,” katanya kepada pemberita selepas memantau sekatan jalan raya di Jambatan Sultan Mahmud hari ini.

Pada April tahun lepas, polis Terengganu pernah menggunakan dron bagi mengesan pergerakan dan suhu badan penduduk di Dungun ketika PKP dalam usaha mencegah penularan Covid-19 di kawasan itu.

Rohaimi juga berkata sejak SPP dikuatkuasakan enam hari laku, seramai 108 individu telah dikompaun antara RM1,500 hingga RM5,000 kerana melanggar SOP dengan kesalahan paling banyak dikesan melibatkan kegagalan memakai pelitup muka dan tidak mematuhi penjarakan fizikal.

Beliau berkata bagaimanapun, hasil pemantauan pihak polis, kadar pematuhan rakyat Terengganu terhadap penguatkuasaan SPP ialah kira-kira 96 peratus dan ini merupakan satu pencapaian yang membanggakan.

Katanya kadar kemasukan kenderaan ke negeri itu melalui Lebuhraya Pantai Timur 2 juga merosot sebanyak 75 peratus dan kenderaan yang masuk memiliki surat kebenaran dengan kebanyakannya adalah berkaitan perkhidmatan penting.

Berita berkaitan
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024· Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024· Isu semasa
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Banjir: Kelantan dan Perak catat peningkatan mangsa dipindahkan
December 17, 2023· Isu semasa
Popular
Dr. Sheikh Muszaphar kongsi cara didik anak
October 5, 2021
Usahawan PMKS, pekerja sokong syor Muhyiddin mudahkan bantuan
October 23, 2022
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
Lelaki juga berisiko alami gangguan seksual
February 13, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok