Polis tangkap suami isteri selepas budak didera cuba lari ikut tingkap

September 16, 2022 · Isu semasa

Polis telah menahan seorang wanita dan suaminya selepas seorang budak lelaki berusia lapan tahun ditemui dengan kesan lebam di seluruh badan dan cuba melarikan diri melalui tingkap sebuah bilik di tingkat empat sebuah kondominium di Ampang, Selangor, hari ini (16 September 2022).

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak, dalam satu kenyataan pada Jumaat (16 September) berkata adik perempuan mangsa berusia enam tahun turut ditemui dengan kesan lebam di badan.

Katanya budak lelaki itu bersendirian di rumah ketika cubaan melarikan diri dari sebuah kondominium di Ampang.

“Mereka telah dirujuk ke Hospital Ampang untuk pemeriksaan kesihatan dan Jabatan Kebajikan Masyarakat telah dimaklumkan berhubung kebajikan mangsa.

“Kira-kira jam 6 petang hari ini, kami menahan dua suspek iaitu ibu saudara berusia 33 tahun dan suaminya berusia 29 tahun. Dia tidak mempunyai sebarang rekod, tetapi lelaki itu mempunyai kesalahan jenayah lampau,” katanya.

Siasatan menunjukkan dua kanak-kanak itu ditinggalkan ibu berikutan kematian bapa mereka dua tahun lalu.

“Mereka tinggal bersama suspek sejak dua tahun lalu selepas bapa mereka meninggal dunia. Ibu mereka tidak mahu menjaga kedua-dua mangsa,” katanya.

Kedua-dua suspek akan direman pada Sabtu (17 Sepember).

Terdahulu, tular seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun dipercayai mangsa dera diselamatkan selepas terperangkap pada belebas di tingkat empat sebuah kondominium dekat Jalan Cahaya 13, Taman Cahaya, Ampang, Selangor, ketika cuba melarikan diri.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata kejadian disedari orang awam yang kemudiannya melaporkan kepada pihak bomba pada jam 4.41 petang.

Menurutnya kanak-kanak itu dipercayai dikurung dalam sebuah bilik unit kondominium terbabit sebelum dipercayai cuba melarikan diri dengan keluar melalui tingkap bilik berkenaan dan terperangkap di belebas tingkap berkenaan.

“Anggota bomba yang tiba di tempat kejadian jam 4.48 petang tadi mendapati pintu kediaman itu sudah berjaya dipecahkan oleh pengawal keselamatan kondominium berkenaan.

Kanak-kanak itu berjaya diselamatkan dan pemeriksaan mendapati mangsa dipercayai didera berdasarkan kesan birat dan luka pada tangan, lengan, kaki dan belakang badan,” katanya.

Berita berkaitan
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024· Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024· Isu semasa
Polis segerakan siasatan dalam kes langgar pelajar sehingga maut
December 16, 2023· Isu semasa
Agus dipanggil beri keterangan esok terhadap dakwaan gangguan seksual
December 13, 2023· Politik
Popular
Cendawan tahi lembu jadi dadah untuk kepuasan berhibur: Polis
April 6, 2021
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Pekerja asing: Indonesia kata Malaysia tak patuh butiran MoU
July 14, 2022
MalaysiaNow tidak dapat diakses pengguna
June 28, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
9 jam lalu · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
9 jam lalu · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok