Budak didera cuba lari ikut tingkap tingkat 4 kondominium diselamatkan

September 16, 2022 · Isu semasa

Seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun dipercayai mangsa dera diselamatkan selepas terperangkap pada belebas di tingkat empat sebuah kondominium dekat Jalan Cahaya 13, Taman Cahaya, Ampang, Selangor, ketika cuba melarikan diri.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata kejadian disedari orang awam yang kemudiannya melaporkan kepada pihak bomba pada jam 4.41 petang.

Menurutnya kanak-kanak itu dipercayai dikurung dalam sebuah bilik unit kondominium terbabit sebelum dipercayai cuba melarikan diri dengan keluar melalui tingkap bilik berkenaan dan terperangkap di belebas tingkap berkenaan.

“Anggota bomba yang tiba di tempat kejadian jam 4.48 petang tadi mendapati pintu kediaman itu sudah berjaya dipecahkan oleh pengawal keselamatan kondominium berkenaan.

Kanak-kanak itu berjaya diselamatkan dan pemeriksaan mendapati mangsa dipercayai didera berdasarkan kesan birat dan luka pada tangan, lengan, kaki dan belakang badan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, mangsa adalah kanak-kanak lelaki warga tempatan berusia lapan tahun dan ketika kejadian mangsa ditinggalkan berseorangan.

“Kes diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya.

Sementara itu, memetik BH saksi kejadian yang mahu dikenali sebagai Thina, 48, berkata kejadian itu disedari isterinya ketika berjoging di kawasan berkenaan.

“Ketika itu kanak-kanak terbabit berada di belebas tingkap di tingkat 4 kondominium berkenaan.

“Dia menjerit meminta tolong kerana sudah tidak tahan didera oleh seorang wanita di rumah itu,” katanya.

Berita berkaitan
Mangsa banjir di Terengganu, Kelantan kekal setakat pagi ini
22 jam lalu· Isu semasa
Operasi mencari mangsa dalam runtuhan gudang diteruskan
23 jam lalu· Isu semasa
Mangsa banjir di tiga negeri sedikit menurun setakat malam ini
November 27, 2023· Isu semasa
Mangsa banjir di Kelantan meningkat, Terengganu turun dan Selangor kekal
November 27, 2023· Isu semasa
Popular
Kes bunuh teman wanita: Pemandu lori dipenjara 35 tahun, 12 sebatan
November 29, 2023
Sirul dipakaikan peranti pemantauan: Laporan
November 29, 2023
Yasin bebas pertuduhan kes dadah, diarah ke Hospital Bahagia
November 29, 2023
Selamat tinggal dunia mak nyah, luahan Cikgu Erin
October 19, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Kes bunuh teman wanita: Pemandu lori dipenjara 35 tahun, 12 sebatan
14 jam lalu · Isu semasa
Yasin bebas pertuduhan kes dadah, diarah ke Hospital Bahagia
14 jam lalu · Isu semasa
Mahkamah benarkan pasport Muhyiddin dipulangkan untuk sementara
21 jam lalu · Isu semasa
Sirul dipakaikan peranti pemantauan: Laporan
22 jam lalu · Isu semasa
Mahkamah tolak permohonan penghakiman terus syarikat barang kemas terhadap Rosmah
22 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Agihan saksama kepada sekolah cina walaupun tak dihargai
5 jam lalu
[VIDEO] Sanusi konsisten salur peruntukan pembangkang Kedah sejak 2020
6 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok