Polis tahan ahli perniagaan dalam siasatan kes syarikat penerbangan

October 23, 2023 · Isu semasa

Polis menahan seorang ahli perniagaan awal pagi ini bagi membantu siasatan kes pengasas bersama syarikat penerbangan yang ditahan Selasa lepas.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata lelaki berusia 40-an itu yang merupakan pemegang saham satu daripada syarikat yang diasaskan oleh ahli perniagaan berkenaan ditahan di rumahnya di Bangsar di sini pada 1 pagi tadi, lapor Bernama.

Beliau berkata permohonan reman akan dibuat pada pagi ini di Lokap Berpusat Jinjang.

Mengenai perkembangan siasatan kes berkenaan, Ramli berkata polis telah merampas 12 kenderaan mewah, dokumen berkaitan dua syarikat kepunyaan pengasas bersama bergelar ‘Datuk’ itu dan enam utas jam tangan mewah.

“Polis juga merampas lapan beg tangan mewah, dua komputer riba, satu komputer dan 10 item barang kemas.

“Pengasas bersama syarikat penerbangan itu telah dibebaskan dengan jaminan polis hari ini selepas tempoh reman beliau tamat,” katanya kepada Bernama hari ini.

Pada Selasa lepas, Bernama melaporkan polis menahan ahli perniagaan berusia 57 tahun itu bersama isteri, 55, dan anaknya, 26, di rumah mereka di Shah Alam, Selangor bagi siasatan kes mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.

Reman terhadap isteri dan anak lelaki ahli perniagaan itu tamat pada Sabtu.

Berita berkaitan
196 warga PDRM ditahan kerana dadah semasa 10 bulan pertama tahun ini: KPN
November 24, 2023· Isu semasa
41 akaun Aman Palestin dibeku SPRM, siasatan sedang berjalan
November 23, 2023· Isu semasa
Kami ada bukti broker ‘Datuk Botak’ beli MP Bersatu, kata Wan Ahmad Fayhsal
November 15, 2023· Politik
SPRM lapor polis video TikTok didakwa buat fitnah
November 15, 2023· Politik
Popular
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Edar dadah 23.5kg, tiga lelaki termasuk bergelar ‘Datuk’ didakwa
December 4, 2023
Kenapa lepasan SPM tidak minat ke IPT?
August 25, 2022
Jangan makan, merokok sebelum ujian kendiri RTK Antigen: Pakar
March 5, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Edar dadah 23.5kg, tiga lelaki termasuk bergelar ‘Datuk’ didakwa
16 jam lalu · Isu semasa
PRK Kemaman: Peratusan keluar mengundi setakat 4 petang sebanyak 60 peratus
December 2, 2023 · Isu semasa
Remaja cuba samun pemandu e-hailing didakwa esok
December 2, 2023 · Isu semasa
Dakwaan gangguan seksual dihadapi Wahab, polis akan panggil beberapa individu
December 2, 2023 · Isu semasa
Laporan Wahab dakwa Agus buat gangguan seksual disiasat polis
December 1, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Tuan Guru Hadi di Grand Finale PRK Kemaman
December 2, 2023
[VIDEO] Ucapan Radzi Jidin di Grand Finale PRK Kemaman
December 2, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok