Polis siasat, panggil pelakon iklan raya GDBET333 ajak berjudi

April 16, 2021 · Isu semasa

Polis sudah membuka kertas siasatan berhubung iklan promosi judi online yang tular di media sosial hingga menimbulkan kegusaran awam.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata satu laporan polis telah dibuat oleh Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman untuk menyiasat asal usul klip video itu.

“Siasatan polis akan menjurus kepada penerbit dan pelakon-pelakon yang terlibat di dalam video ini. Mereka akan dikesan dan akan dipanggil untuk memberi keterangan.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan dan Seksyen 4(1)(g) Akta Rumah Judi Terbuka,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, polis akan memaklumkan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk membantu siasatan.

Sehubungan itu, Acryl Sani mengingatkan orang ramai tidak berkongsi atau menyebarkan videoitu melalui media sosial bagi mengelak kegusaran awam.

Awal hari ini, Agenda Daily melaporkan syarikat perjudian kini semakin berani dengan menerbit dan menyiarkan iklan judi ketika Ramadan dan ditampilkan dengan lagu sempena Aidilfitri.

Iklan itu mengajak umat Islam yang mahu pulang ke kampung bagi menyambut hari raya mendapatkan khidmat perjudian mereka bagi meraih wang berganda.

Iklan dikatakan bukan sahaja dimuat naik di YouTube hampir seminggu lalu, malah disebarkan ke akaun pengguna Facebook secara meluas.

Susulan itu, Anggota Parlimen Pasir Mas Ahmad Fadhli Shaari menggesa (SKMM) mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang menerbit dan menyiarkan iklan berkenaan.

Iklan GDBET333 cabar undang-undang, kemuliaan Ramadan

Berita berkaitan
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024· Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024· Isu semasa
NGO bidas kerajaan perkenal kod etika, dakwa cuba sekat media
February 21, 2024· Politik
Polis segerakan siasatan dalam kes langgar pelajar sehingga maut
December 16, 2023· Isu semasa
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Radzi arah KSU lapor SPRM dakwaan Zaharin
October 17, 2022
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024
Baik buruk media sosial
March 26, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok