Polis rampas dadah RM2.52 juta, tahan tiga lelaki

June 29, 2022 · Isu semasa

Polis Kelantan menahan tiga lelaki serta merampas 252,000 biji pil yaba bernilai RM2.52 juta dalam serbuan di Kota Bharu dan Bachok, Isnin lalu.

Pemangku Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun berkata serbuan pertama dilakukan di kawasan parkir sebuah kedai makan di Kampung Jelujok Banggu, di Kota Bharu, kira-kira jam 3 petang, yang membawa penahanan terhadap tiga lelaki warga tempatan berusia antara 27 hingga 33 tahun.

“Ketika kejadian anggota bertugas mendekati dua suspek yang menaiki kereta jenis Honda Jazz, yang ketika itu sedang berurusan dengan lelaki lain berusia 33 tahun yang menunggang motosikal jenis Honda Icon.

“Pemeriksaan pada kenderaan menemui satu kotak berisi 14 bungkusan plastik, yang mana di dalamnya mengandungi pil kemerahan sejumlah 84,000 biji pil yaba pada bungkusan terbabit yang dipercayai untuk pasaran seluruh Kelantan,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan, Kota Bharu, hari ini.

Muhamad Zaki berkata, penahanan itu kemudian membawa kepada serbuan kedua di rumah salah seorang suspek di Kampung Takang, dekat Tawang di Bachok, dan 168,000 lagi pil yaba bernilai RM1.68 juta ditemukan.

“Semua pil kuda berkenaan ditemukan dalam kotak yang diletakkan di atas kabinet dapur rumah.

Ketiga-tiga suspek ditahan reman selama tujuh hari bermula 28 Jun sehingga 4 Julai untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.

Beliau berkata ujian air kencing mendapati dua daripada suspek positif dadah jenis methampethamine.

Berita berkaitan
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024· Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024· Isu semasa
Banjir Kelantan: Penduduk di Kuala Krai terputus hubungan, jalan tenggelam
December 27, 2023· Isu semasa
Banjir: Kelantan dan Perak catat peningkatan mangsa dipindahkan
December 17, 2023· Isu semasa
Popular
BNM dijangka naikkan OPR 25 mata asas lagi bulan depan
October 21, 2022
Harga roti Gardenia naik 1 Disember
November 25, 2021
Banjir: Tiga beradik maut kena renjatan elektrik di Kelantan
December 19, 2022
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok