Polis bongkar sindiket penipuan bidaan barang mewah tak wujud

May 9, 2021 · Isu semasa

Polis membongkar sindiket penipuan membida barang mewah tidak wujud dalam talian dengan tertangkapnya 29 individu, termasuk seorang rakyat China, susulan serbuan di sebuah rumah teres di Suria Villa, Cheras, petang semalam.

Ketua Polis Selangor Datuk Arjunaidi Mohamed berkata semua yang ditahan dalam serbuan jam 5 petang semalam terdiri daripada 24 lelaki dan lima wanita berusia dalam lingkungan 20-an dan 40-an.

“Sindiket berkenaan telah beroperasi di premis itu sejak empat bulan lepas dan mengaut keuntungan mencecah jutaan ringgit.

“Sindiket dipercayai mengaut sehingga RM200,000 sehari dan dianggarkan memperoleh hampir RM6 juta setiap bulan,” katanya di lokasi serbuan, malam tadi.

Polis turut merampas 116 telefon bimbit, 14 komputer riba dan 13 komputer meja dalam operasi itu.

Arjunaidi berkata polis menerima maklumat dan kemudian melakukan risikan selama sebulan sebelum mengesan kegiatan mencurigakan di dua alamat berbeza di taman berkenaan.

“Modus operandi sindiket ini menggunakan kaedah membida secara dalam talian barangan berharga yang tidak wujud di laman sesawang seperti rumah, kereta dan barang kemas.

“Sindiket kemudian mengarahkan pembida untuk membayar barangan yang dibida dengan separuh harga sebelum meminta untuk melunaskan bayaran penuh bidaan,” katanya.

Beliau berkata hasil siasatan mendapati semua mangsa tertarik dengan taktik sindiket yang memaparkan keuntungan hasil pembabitan dalam aktiviti bidaan itu.

“Kes disiasat di bawah Akta 120 (a) Kanun Keseksaan dan Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu,” katanya.

Berita berkaitan
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024· Politik
Tengku Zafrul letak jawatan bendahari UMNO Selangor, tak sehaluan
April 1, 2024· Politik
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024· Isu semasa
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Radzi arah KSU lapor SPRM dakwaan Zaharin
October 17, 2022
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024
Baik buruk media sosial
March 26, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok