Polis akan panggil penganjur himpunan, 30 individu sudah dikenal pasti

July 23, 2022 · Isu semasa

Penganjur Himpunan Turun Harga Barang berdepan tindakan kerana kedegilan meneruskan perhimpunan hari ini di hadapan sebuah pusat beli-belah di Jalan Tunku Abdul Rahman (TAR).

Pihak polis akan membuka kertas siasatan terhadap penganjur dan seramai 30 individu sudah dikenal pasti sebagai dalang utama perhimpunan yang berlangsung hari ini.

Menurut Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, perhimpunan yang diadakan selama satu jam bermula kira-kira jam 2 petang itu dikesan tidak mematuhi peruntukan undang-undang.

“Hasil pemerhatian dilakukan kira-kira 100 individu termasuk mahasiswa dan ahli politik berhimpun sambil memegang plakad bertulis ‘potong gaji menteri’, ‘turun dan lawan’ serta lain-lain.

“Setakat ini seramai 30 individu sudah dikenal pasti dan mereka akan dipanggil ke Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi untuk diambil keterangan dalam masa terdekat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman 2012.

Pada jam 2 petang tadi, sekitar 100 individu menyertai himpunan itu di Jalan TAR dan percubaan mereka untuk berarak ke Dataran Merdeka, gagal selepas disekat polis.

Perhimpunan berkenaan dipercayai bagi menyatakan protes terhadap peningkatan harga barang sejak kebelakangan ini yang disifatkan sebagai menekan rakyat terutama golongan kurang berkemampuan.

Antara pemimpin yang hadir Ahli Parlimen Kapar, Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ketari, Young Syefura Othman dan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Adam Adli.

Peserta mengulangi lima tuntutan mereka terhadap kerajaan iaitu menuntut pemotongan gaji menteri dan timbalan menteri, bantuan yang bermaruah dapat diberikan kepada semua lapisan masyarakat, mengekalkan subsidi serta tidak mengurangkan sebarang bentuk subsidi lain.

Mereka juga menuntut agar pihak Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) serta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mengawal harga barangan, makanan di kafeteria termasuk vendor di dalam universiti kerana berlaku peningkatan harga mendadak.

Berita berkaitan
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024· Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024· Isu semasa
Isu RM750 juta, PAS minta PMX beri penjelasan jangan melulu buat tuduhan
January 10, 2024· Politik
Polis segerakan siasatan dalam kes langgar pelajar sehingga maut
December 16, 2023· Isu semasa
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Radzi arah KSU lapor SPRM dakwaan Zaharin
October 17, 2022
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024
Baik buruk media sosial
March 26, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok