PN nafi bincang jatuhkan UMNO, anggap tuduhan sebagai sampah

April 21, 2022 · Isu semasa

Perikatan Nasional (PN) menafikan wujud perbincangan menjatuhkan UMNO dan Barisan Nasional (BN), seperti didakwa kononnya adalah minit mesyuarat sulit yang tersebar.

Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata beliau juga sependapat dengan Naib Presiden PAS, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, yang menyifatkan dokumen itu sebagai sampah.

“Sebenarnya kalau orang tanya betul ke PN ada mesyuarat nak menjatuhkan sesiapa, saya kata tak ada. Betullah Dr Samsuri kata itu dokumen sampah, kerana tidak ada perbincangan.

“Saya Setiausaha Agung PN. Saya tak tahu pun ada perkara ini,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Penetapan Nilai Murni di Sepang, hari ini.

Memetik laporan BHonline Hamzah menjadi amalan biasa untuk pemimpin komponen dalam PN berbincang, terutama selepas sesuatu pilihan raya, namun menafikan beliau ada melakukan perkara seperti yang didakwa dalam dokumen yang tular itu.

Terdahulu, Ahmad Samsuri dilaporkan berkata, dokumen minit mesyuarat yang didakwa mengandungi maklumat sulit berkenaan sebagai sampah’ selain mengakui berasa hairan kerana ada pihak yang mempercayai kesahihan dokumen berkenaan.

Sejak beberapa hari lalu, satu dokumen yang didakwa kononnya minit mesyuarat sebuah parti politik yang mendapat jolokan “PASleak” didakwa mendedahkan taktikal politik PN merancang memusnahkan UMNO dan BN, sebelum Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Minit mesyuarat itu kononnya menyatakan pertemuan diadakan di rumah Bendahari Agung BN Datuk Seri Hishammuddin Hussein, turut mendakwa Ketua Hakim Negara bersubahat untuk mempercepatkan perbicaraan kes rasuah dan mensabitkan kesalahan dua pemimpin UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Najib Razak.

Bagaimanapun, petang tadi, Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan menafikan dakwaan berkenaan dan membuat laporan polis terhadap sumber dakwaan yang dipercayai daripada posting dibuat oleh seorang pengguna Facebook bernama Shahrir Samad – Tok Uban.

Adalah tidak pasti sama ada pemilik akaun itu dikaitkan secara langsung dengan Ahli Majlis Tertinggi UMNO Tan Sri Shahrir Samad, namun media lebih kerap merujuk laman itu kepada beliau.

Shahrir turut dibicarakan kerana kes rasuah dan dituduh melakukan salah guna kuasa ketika mengetuai sebuah agensi tanah Persekutuan.

Siaran yang dikaitkan itu dipercayai menjadi punca khabar angin yang sedang tersebar mengenai rancangan peguam negara, Ketua Hakim Negara dan Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk mempercepatkan perbicaraan Najib dan Zahid serta menjamin sabitan, sebagai cara untuk mengelak UMNO kembali berkuasa.

Berita berkaitan
1MDB: SPRM tak teruskan permohonan dapatkan dokumen dari peguam
December 5, 2023· Isu semasa
Peguam mohon batal permohonan SPRM dapatkan dokumen berhubung penyelesaian 1MDB
November 8, 2023· Isu semasa
Imigresen tumpaskan sindiket pemalsuan dokumen warga Afrika
November 4, 2023· Isu semasa
Dewan Rakyat: Isu 3R, penduduk tanpa dokumen jadi tumpuan hari ini
October 23, 2023· Politik
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Radzi arah KSU lapor SPRM dakwaan Zaharin
October 17, 2022
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024
Baik buruk media sosial
March 26, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok