PN cadang bentuk agensi sehenti kumpul data penerima bantuan, bantu rakyat susah

August 27, 2022 · Isu semasa

Pengerusi Majlis Pemulihan Negara Tan Sri Muhyiddin Yassin mencadangkan sebuah agensi sehenti diwujudkan untuk mengumpul data mengenai individu dan isi rumah yang benar-benar memerlukan bantuan.

Beliau berkata agensi itu yang juga bertujuan menyelaras segala bentuk bantuan, boleh mengambil model Centrelink yang dilaksanakan di Australia dalam mengurus penyaluran bantuan kepada penerima yang layak, lapor Bernama.

Beliau berkata sistem semakan kelayakan dan penyaluran bantuan yang cekap, cepat dan seragam adalah supaya tiada pertindihan penerima bantuan, sekali gus memastikan tidak berlaku keciciran.

“Dengan cara ini sumber kewangan kerajaan dapat dioptimumkan di samping memastikan tiada sesiapa yang tertinggal,” katanya dalam ucaptama pada Konvensyen Perikatan Nasional (PN) 2022 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) di sini hari ini.

Muhyiddin yang juga Pengerusi PN berkata kerajaan membelanjakan lebih RM70 bilion setahun dalam bentuk subsidi dengan jumlah itu meningkat saban tahun, selain tidak mapan untuk jangka panjang.

Justeru, beliau berkata penyaluran subsidi lebih bersasar perlu diwujud untuk memastikan subsidi kerajaan dinikmati golongan yang benar-benar memerlukan, tiada ketirisan dan tiada seorang pun ketinggalan.

Menerusi penyaluran subsidi lebih bersasar, sistem bantuan rakyat yang seragam dan pengurusan kewangan kerajaan lebih optimum, Muhyiddin berkata beberapa bentuk bantuan baharu juga boleh diwujudkan seperti bantuan sewa rumah kepada kumpulan miskin bandar bagi memastikan setiap individu dan keluarga mempunyai tempat berteduh, selain mengatasi masalah gelandangan.

Pelbagai bentuk bantuan yang penting dalam menjamin kesejahteraan hidup rakyat seperti penjagaan kesihatan, pendidikan dan latihan kemahiran khususnya untuk golongan muda yang sedang mencari pekerjaan juga mesti diberikan keutamaan, katanya.

Dalam pada itu, Muhyiddin menyarankan agar negara segera beralih kepada industri berteknologi tinggi dengan nilai tambah lebih tinggi serta tawaran gaji lebih lumayan.

“Walaupun usaha ini telah dimulakan, hasilnya masih belum dapat dilihat secara ketara, justeru suatu daya usaha lebih berfokus, pantas dan tangkas mesti digembleng melibatkan pelbagai kementerian, agensi dan industri untuk memastikan peralihan kepada Revolusi Industri 4.0 di negara ini berlaku dengan lebih deras,” katanya.

Beliau berkata kerajaan juga perlu meningkatkan daya saing Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) terutamanya dalam meningkatkan nilai tambah termasuk melalui penguasaan automasi dan pendigitalan, sekali gus dapat mewujudkan lebih banyak pekerjaan bergaji tinggi kepada rakyat.

Berita berkaitan
Kerajaan sedar tak rakyat sedang tertekan hari ini? soal Senator UMNO
December 13, 2023· Isu semasa
Kerusi DUN Suka Menanti kekal milik PN, calon PH diarah bayar RM15,000
October 18, 2023· Politik
Pendapatan sejuta tapi dapat subsidi Tabung Haji, kata Anwar
October 17, 2023· Isu semasa
MP Perikatan Nasional gesa kerajaan pertimbang pengeluaran KWSP bersasar
October 12, 2023· Politik
Popular
Tuntut cerai: Mahkamah perintah Khir Toyo, isteri lantik Hakam Islah
June 27, 2022
Kos sara hidup tinggi: Pelajar IPT terpaksa tangguh pengajian
September 30, 2022
Radzi arah KSU lapor SPRM dakwaan Zaharin
October 17, 2022
Selesaikan isu harga makanan di kantin, jangan ikut formula Rafizi
January 9, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok