PMX tampil dalam iklan pendek lemang

April 20, 2023 · Isu semasa

Menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi, Datuk Seri Anwar Ibrahim tampil dalam sebuah iklan pendek yang dikongsi dalam platform media sosial.

Dalam iklan pendek itu, Perdana Menteri (PMX) membeli lemang dan membuat ucapan selamat hari raya kepada orang ramai walaupun tarikh hari raya setakat ini masih belum diketahui bila kerana belum diumumkan lagi.

Iklan terbitan Jabatan Perdana Menteri (JPM) dengan kerjasama Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) tersebut mengisahkan tentang hidangan istimewa rakyat Malaysia bersempena hari lebaran iaitu lemang.

Klip video berdurasi dua minit 36 saat tersebut turut memaparkan cara pembuatannya bermula dari proses awal hingga pembakaran yang membawa kepada kelazatan hidangan itu.

Meskipun ia merupakan makanan tradisional masyarakat Melayu, namun keunikannya yang terdiri daripada pelbagai bahan membawa simbolik terhadap kesatuan nasional yang terdiri daripada pelbagai kaum.

Justeru, mengambil intipati falsafah yang terdapat dalam hidangan berkenaan, Anwar di dalam iklan berkenaan mengajak seluruh rakyat Malaysia untuk bersatu padu membangunkan Malaysia.

“Mari kita kuatkan kesatuan rakyat Malaysia, membangunkan dan menyelamatkan negara di samping membersihkan diri bagi mengangkat martabat keluarga dan masyarakat,” katanya dalam iklan pendek itu.

Berita berkaitan
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024· Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024· Isu semasa
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024· Politik
Popular
Helikopter terhempas di Bidor, juruterbang terbunuh: Polis
September 12, 2022
Banjir di Kedah makin buruk, air enam sungai pula naik
October 29, 2022
Letak jawatan jika tak sebulu dengan kerajaan, kata Hadi Awang
May 10, 2021
Tak patut lantik Asyraf Wajdi jadi pengerusi MARA: Pakar ekonomi
March 25, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok