Banjir di Kedah makin buruk, air enam sungai pula naik

October 29, 2022 · Isu semasa

Keadaan banjir di Kedah bertambah buruk sehingga tengah hari tadi (29 Oktober 2022), dengan mangsa kini melibatkan tiga daerah iaitu Kubang Pasu, Kota Setar dan Baling.

Jumlah mangsa juga dilaporkan meningkat kepada 269 orang, dengan lima pusat pemindahan sementara (PPS) telah diaktifkan.

Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah melaporkan tiga diaktifkan di Baling, dengan satu dibuka petang semalam bagi menyediakan perlindungan kepada 181 mangsa.

Di Kubang Pasu, 86 mangsa banjir sedang berlindung di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Binjai di Jitra.

APM Kedah berkata Baling merupakan daerah yang paling teruk terjejas, dengan 108 orang dipindahkan ke tiga PPS petang semalam.

“Daripada jumlah itu, 57 mangsa daripada 20 keluarga sedang berteduh di PPS SK Tanjung Pari; 33 mangsa daripada 11 keluarga di PPS SK Sri Bayu; dan 18 mangsa daripada sembilan keluarga di PPS SK Siong.

“Di Kota Setar, 75 orang daripada 22 keluarga telah berpindah ke PPS SK Suka Menanti,” katanya.

Sementara itu, sehingga jam 2.30 petang ini, paras enam sungai di empat daerah merekodkan bacaan melebihi tahap waspada, amaran dan bahaya.

Sungai Anak Bukit di Taman Aman, Kota Setar mencatat bacaan melebihi paras bahaya apabila merekodkan 2.71 meter (m), lebih tinggi berbanding 1.50m paras normal.

Sungai Laka di Kampung Padang Pasir, Kubang Pasu, pula pada tahap melebihi amaran apabila mencatat bacaan 21.31m, berbanding 18.50m paras normal.

Empat sungai lagi mencatat bacaan melebihi paras waspada iaitu:

  • Sungai Anak Bukit di Jambatan TAR, Kota Setar (1.41m/1.30m);
  • Sungai Kedah di Jambatan Lebuhraya Kota Setar (1.80m/1.30m);
  • Sungai Pendang di Pekan Pendang (2.30m/1.80m); dan
  • Sungai Kerian di Rumah Pam Bandar Baharu (1.02m/0.50m).

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Banjir kilat berulang di Baling, 50 rumah terjejas
December 2, 2022· Isu semasa
Pemimpin Amanah Kedah keluar parti, tak puas hati tunduk kepada DAP
December 1, 2022· Politik
Doakan PM dari Perikatan Nasional angkat sumpah hari ini: Sanusi
November 21, 2022· Politik
Pusat undi di Sepang tenggelam banjir, ditukar lokasi
November 18, 2022· Politik
Popular
Perbicaraan 1MDB Najib berakhir awal hari ini, peguam bela sakit lagi
December 5, 2022
Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman: Usah biar hakim ‘melutut’ kepada peguam
December 4, 2022
Laporan Utusan juga sahkan Najib kini berada di hospital bukan penjara
December 1, 2022
1,502 kes baharu, tiga kematian
December 5, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Perbicaraan 1MDB Najib berakhir awal hari ini, peguam bela sakit lagi
3 jam lalu · Isu semasa
1,502 kes baharu, tiga kematian
12 jam lalu · Isu semasa
Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman: Usah biar hakim ‘melutut’ kepada peguam
December 4, 2022 · Isu semasa
1,866 kes baharu, enam kematian
December 4, 2022 · Isu semasa
2,421 kes baharu, 9 kematian
December 3, 2022 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Muhyiddin tak takut disiasat, dakwaan RM600 bilion berniat jahat
3 jam lalu
[VIDEO] Ucapan Ustaz Nassuruddin di ceramah PRK Padang Serai
8 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok