Tak patut lantik Asyraf Wajdi jadi pengerusi MARA: Pakar ekonomi

March 25, 2023 · Isu semasa

Pakar ekonomi, Profesor Dr Edmund Terence Gomez menegaskan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki tidak sepatutnya dilantik sebagai Pengerusi MARA yang baharu.

Beliau turut menyifatkan pelantikan itu sebagai salah, sambil mempersoalkan sama ada lantikan itu disebabkan Pilihan Raya Negeri (PRN) melibatkan enam negeri sudah hampir.

“Kamu tidak boleh ambil ahli politik UMNO dan letakkan mereka dalam salah satu GLC (syarikat berkaitan kerajaan) terpenting di negara ini.

“GLC ini haruslah mempunyai akar yang penting hingga ke akar umbi.

“Dengan pilihan raya negeri yang akan datang, ini menimbulkan tanda-tanda amaran sama ada ini dilakukan dengan niat baik atau ia dilakukan kerana sebab politik,” katanya lapor Mkini.

Beliau dilaporoan berkata demikian pada forum bertajuk ‘Rasuah sebagai Masalah Ekonomi’ di Auditorium Tun Mohamed Suffian, Fakulti Undang-undang, Universiti Malaya, hari ini (25 Mac 2023).

Pelantikan Asyraf berkuat kuasa pada 10 Mac, dan diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dua hari kemudian.

Untuk rekod, Asyraf Wajdi kalah hatrik dalam pilihan raya lalu dan terbaharu kalah di Parlimen Gerik pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15),

Sementara itu, Gomez menegaskan lantikan politik dalam GLC adalah satu ruang untuk salah guna kuasa.

Pada masa sama beliau mempersoalkan jika ia juga boleh dilihat sebagai amalan korupsi, memandangkang tiada perundangan yang dapat digunakan sebagai asas untuk menanganinya.

“Perlu ada penilaian yang wajar terhadap keseluruhan sistem GLC di mana syor-syor yang sesuai dikemukakan. Mengapa kita belum bergerak ke arah ini?” soalnya.

Berita berkaitan
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024· Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024· Politik
Popular
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok