PM tak jawab Dr M persoal mengapa Najib belum dipenjara

November 3, 2021 · Isu semasa

Persoalan yang ditimbulkan Tun Dr Mahathir Mohamad mengapa Datuk Seri Najib Razak belum menjalani hukuman penjara walaupun sudah didapati bersalah tidak dijawab Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Ismail Sabri tidak menjawab kritikan Dr Mahathir yang tidak berpuas hati kerana kerajaan pimpinannya memberi layanan istimewa kepada penjenayah VIP sehingga dikembalikan pasport untuk melawat anaknya yang bakal bersalin di Singapura.

Bagaimanapun, beliau menjawab kritikan bekas PM dua kali itu berhubung peruntukan besar kerajaan yang dibentang dalam Bajet 2022 baru-baru ini dengan memberi jaminan ia akan diuruskan dengan baik.

“Memang benar kita berbelanja besar kerana kita perlu jaga kebajikan rakyat. Saya yakin Kementerian Kewangan akan menguruskan perbelanjaan ini dengan baik,” katanya semasa sidang media majlis pelancaran Rumah Keluarga Angkatan Tentera (RKAT) di Bukit Jalil hari ini.

Terdahulu, Dr Mahathir dalam perbahasan di Dewan Rakyat semalam mempertikai keistimewaan diberikan kepada Najib yang masih bebas tidak disumbat ke penjara walaupun sudah didapati bersalah, sebaliknya kerajaan membenarkannya ke luar negara.

“Mahkamah mendapati Perdana Menteri Keenam bersalah. Itu keputusan mahkamah.

“Selagi ia tidak didapati tidak bersalah, ia bersalah. Ia patut jalan hukuman. Ada rakyat Malaysia yang belum pun dicaj telah dimasuk dalam tahanan, kenapa tidak orang yang sudah pun dihukum salah menjalani hukuman. Dibenar keluar negara pula,” katanya di Dewan Rakyat.

Selain itu, Dr Mahathir juga menyifatkan kerajaan tidak perlu berbangga dengan peruntukan yang besar diumumkan dalam Bajet 2022 walhal hakikatnya terpaksa berhutang dan ia digunakan pula untuk membayar hutang yang perlu ditanggung sedia ada.

Menurutnya, peruntukan RM332 bilion yang besar diumumkan akan mengakibatkan hutang lebih besar akan ditanggung kerajaaan selepas ini, bahkan selepas ini kerajaan pada masa depan juga terpaksa menanggung beban hutang yang besar tersebut.

“Kita tidak perlu bangga dengan mengemuka belanjawan yang terbesar dalam sejarah negara. Lagipun ia menjadi besar kerana berhutang besar.

“Dan sebahagian dari wang yang akan dihutang akan diguna untuk bayar hutang, bukan sahaja oleh kerajaan semasa tetapi juga kerajaan-kerajaan yang akan datang kerana menghutang untuk bayar hutang tidak mengurang jumlah hutang,” katanya.

Daripada peruntukan RM332 bilion tersebut, Dr Mahathir mendakwa sebanyak RM98 bilion adalah hutang baharu kerajaan.

Sebelum ini, Ketua Audit Negara Datuk Nik Azman Nik Abdul Majid melahirkan kebimbangan terhadap keadaan kerajaan bergantung kepada pinjaman baharu untuk membiayai bayaran balik prinsipal pinjaman yang matang disifatkan sebagai membimbangkan.

Beliau berkata walaupun sijil ketua audit negara bagi 2020 telah dikeluarkan dengan status sijil bersih tanpa teguran, namun beberapa penegasan perkara telah diberikan termasuk isu hutang persekutuan.

“Separuh dari hutang baharu digunakan untuk membayar hutang yang telah matang, sepatutnya ia dibayar dengan lebihan hasil yang ada.

“Namun kita faham, pada 2020 negara menghadapi ancaman Covid-19 dan kerajaan terpaksa mengambil langkah membantu sistem kesihatan dan rakyat untuk menangani Covid-19,” katanya semasa sidang media di Parlimen minggu lepas.

Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) mengenai Penyata Kewangan Kerajaan Persekutuan serta Pengauditan Pematuhan Kementerian dan Jabatan Persekutuan Tahun 2020 yang dibentang di Dewan Rakyat hari ini mendapati sejumlah RM98.058 bilion atau 50.4 peratus daripada keseluruhan RM194.555 bilion pinjaman baharu kerajaan digunakan untuk tujuan membayar balik prinsipal hutang bagi 2020.

Jumlah itu meningkat sebanyak RM15.335 bilion berbanding RM82.723 bilion pada 2019.

Berita berkaitan
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024· Politik
Popular
Doktor sertai mogok umum tak beretika, moral rendah
July 26, 2021
Baik buruk media sosial
March 26, 2022
KKM sahkan bantu WHO kaji tiga jenis ubat rawat Covid-19
August 13, 2021
Tuntut cerai: Mahkamah perintah Khir Toyo, isteri lantik Hakam Islah
June 27, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok