PM lancar yayasan bantu kanak-kanak terjejas akibat Covid-19

October 23, 2021 · Isu semasa

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob malam ini melancarkan Yayasan Keluarga Malaysia yang berperanan sebagai institusi membantu anak-anak Keluarga Malaysia yang terkesan akibat pandemik Covid-19.

Perdana Menteri, berkata melalui yayasan itu, anak-anak Keluarga Malaysia berpeluang memperoleh sokongan terutama dari aspek pendidikan sehingga mereka mencapai usia 18 tahun.

Katanya, Yayasan Keluarga Malaysia juga adalah manifestasi kasih sayang seluruh anggota masyarakat yang dizahirkan bersama untuk anak-anak yang terkesan akibat pandemik.

“Seterusnya, Yayasan ini akan melebar sayap perlindungannya kepada anak-anak Keluarga Malaysia yang lain, yang turut memerlukan sokongan seumpamanya.

“Inilah maksud keterangkuman, kebersamaan dan kesyukuran dalam Keluarga Malaysia. Saya menyeru seluruh Keluarga Malaysia, bersama membantu generasi ini.

“Harapan saya, dengan adanya Yayasan Keluarga Malaysia, tidak ada lagi anak Keluarga Malaysia yang terpaksa melalui penderitaan bersendirian,” katanya lapor Bernama.

Terdahulu dalam ucapannya, Perdana Menteri, turut berkongsi kisah 13 orang anak yang masih kecil usianya daripada dua buah keluarga yang hilang tempat bergantung dan berpaut kasih yang turut menjadi salah satu pendorong kerajaan menubuhkan Yayasan Keluarga Malaysia.

Katanya, mereka ialah adik Nazurah Nabilah Benyajeed, 19, yang terpaksa menjaga tujuh adiknya manakala adik Hadrami Hasil menjadi kepala keluarga pada usia 11 tahun untuk meneruskan kelangsungan hidup bersama empat adiknya termasuk adik bongsu yang baru berusia 3 tahun.

Katanya, anak-anak berkenaan adalah antara 5,173 anak Keluarga Malaysia yang menjadi yatim dan yatim piatu kerana wabak Covid-19.

“Bayangkan, betapa besarnya tanggungjawab yang digalas mereka. Yang hilang bukan sahaja ibu-bapa, bahkan waktu bahagia, membesar sebagai kanak-kanak biasa.

“Maka, dengan rasa rendah diri saya ingin menyeru seluruh Keluarga Malaysia untuk berkongsi kasih sayang dengan anak-anak ini agar mereka dapat menikmati kehidupan seperti rakan-rakan seusia mereka,” katanya.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Kit Siang bangkitkan isu PM bukan Melayu, tapi Puad pula bidas PN
December 17, 2023· Politik
PM bukan Melayu, UMNO akan terpaksa ikut tuntutan DAP: Muhyiddin
December 16, 2023· Politik
Cadangan PM bukan Melayu oleh Kit Siang, Anwar kata jangan rumitkan keadaan
December 15, 2023· Politik
Popular
Tuntut cerai: Mahkamah perintah Khir Toyo, isteri lantik Hakam Islah
June 27, 2022
Kos sara hidup tinggi: Pelajar IPT terpaksa tangguh pengajian
September 30, 2022
Radzi arah KSU lapor SPRM dakwaan Zaharin
October 17, 2022
Selesaikan isu harga makanan di kantin, jangan ikut formula Rafizi
January 9, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok