PKP seluruh Selangor selepas kes tidak turun: Adham

May 3, 2021 · Isu semasa

Seluruh negeri Selangor akan dilaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selepas kes jangkitan Covid-19 di negeri itu tidak menunjukkan sebarang penurunan, kata Datuk Seri Dr. Adham Baba.

Menteri Kesihatan itu berkata Selangor mencatatkan aliran peningkatan kes setiap hari dan kemungkinan PKP akan terpaksa dilaksanakan bagi membendung penularan virus merbahaya tersebut daripada bertambah buruk.

“Masa kini Selangor dilihat sebagai negeri yang mempunyai aliran peningkatan jangkitan dan kes tidak turun, berkemungkinan PKP dilaksanakan seluruh negeri ini manakala Sarawak belum diputuskan setakat ini. Pulau Pinang dan Johor pula menjadi dua negeri menunggu untuk pelaksanaan sama.

“Bagaimanapun, saya minta semua bertenang dan jangan panik. Status PKP hanya diputuskan Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi menyekat penularan jangkitan Covid-19. MKN bersidang setiap hari bagi membuat pernilaian apa yang perlu dilakukan,” katanya dipetik Utusan Malaysia.

Jelas Adham lagi, pelaksanaan PKP ini bukan meliputi seluruh negara dan hanya akan melibatkan kawasan-kawasan tertentu yang dikenalpasti menjadi pencetus kepada wabak tersebut.

“Ini bukan PKP seluruh negara atau PKP 3.0 tetapi bergantung kepada kawasan-kawasan tertentu.

“Kita akan kenal pasti kawasan-kawasan yang menjadi pencetus kepada wabak. Kita akan menggunakan kaedah Hotspots Identification for Dynamic Engagement (HIDE) dan juga menilai kadar jangkitan tinggi di kawasan-kawasan tertentu,” katanya lagi.

Menurut Adham, meskipun PKP akan dilaksanakan, aktiviti ekonomi dalam sektor penting dan perlu masih dibenarkan menjalankan operasi mereka seperti biasa.

Kemungkinan empat lagi negeri bakal menyusuli Kedah dan Kelantan menguatkuasakan PKP, antara negeri tersebut adalah Selangor, Sarawak, Pulau Pinang dan Johor.

Kes jangkitan Covid-19 dalam negara semakin meningkat setiap hari, malah satu varian baharu yang merbahaya dengan mutasi berganda dari India B.1617. juga sudah dikesan berada dalam negara baru-baru ini.

Berita berkaitan
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024· Politik
Tengku Zafrul letak jawatan bendahari UMNO Selangor, tak sehaluan
April 1, 2024· Politik
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Popular
Harga roti Gardenia naik 1 Disember
November 25, 2021
Selesaikan isu harga makanan di kantin, jangan ikut formula Rafizi
January 9, 2023
Pelajar sekolah balik cuti raya Cina tak dibenar pulang ke asrama
February 5, 2022
Kilang pemasangan Porsche pertama Malaysia dilancar di Kedah
March 28, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok