Pinjaman Mikro BSN sudah luluskan RM33 juta permohonan mangsa banjir

January 3, 2022 · Isu semasa

Bagi tujuan pemulihan ekonomi pasca banjir, sejumlah RM33 juta daripada RM93 juta permohonan Pinjaman Mikro Bank Simpanan Nasional (BSN) untuk isi rumah telah diluluskan sehingga 1 Januari lepas, sejak dilancarkan pada 27 Dis 2021, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata bagi sumbangan Rangkaian Tindak Balas Bencana Syarikat Berkaitan Kerajaan dan Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (GDRN), sebanyak 60 peratus daripada sumbangan berjumlah RM58 juta telah berjaya dilaksanakan.

“Susulan pengumuman kerajaan mengenai pemberian Baucer Pembelian Barangan Elektrik, Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KetSA) akan menggunakan mekanisme Kelestarian dicapai melalui Kecekapan Tenaga (SAVE) iaitu penerima boleh mula membuat pembelian di premis terpilih atau secara dalam talian bermula 7 Jan 2022.

“Pada tarikh yang sama, diskaun dan Baucer Pembaikan Kenderaan juga akan terpakai bagi pembaikan dari 19 Dis 2021,” katanya dalam kenyataan lapor Bernama.

Terdahulu Ismail Sabri mempengerusikan Mesyuarat Khas Task Force Pengurusan Pasca Banjir Bencana Monsun Timur Laut 2021/2022, hari ini.

Beliau turut menerima taklimat status tindakan daripada enam kluster yang telah ditubuhkan bagi mengurus inisiatif Pasca Banjir Bencana Monsun Timur Laut 2021/2022.

Ismail Sabri berkata permohonan bagi Pinjaman Bantuan Bencana untuk perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) Bank Negara Malaysia (BNM) telah mula dibuka untuk permohonan pada 27 Dis 2021.

“Permohonan moratorium sehingga enam bulan bagi pinjaman sedia ada boleh dibuat bermula 19 Dis 2021,” katanya.

Bagi pinjaman TEKUN untuk PMKS yang telah diumumkan pada 20 Dis lepas, katanya pelaksanaan telah pun bermula pada 1 Jan 2022, melibatkan dana sebanyak RM30 juta.

“Bagi inisiatif Pembersihan dan Pembaikan Infrastruktur Awam, dana berjumlah RM25 juta telah diperuntukkan kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Kementerian Pertahanan Malaysia dan Kementerian Dalam Negeri,” katanya.

Berita berkaitan
278 mangsa banjir di tiga negeri masih ditempatkan di PPS
January 17, 2024· Isu semasa
Banjir Kelantan: Penduduk di Kuala Krai terputus hubungan, jalan tenggelam
December 27, 2023· Isu semasa
Banjir: Kelantan dan Perak catat peningkatan mangsa dipindahkan
December 17, 2023· Isu semasa
Mangsa banjir di Terengganu, Kelantan kekal setakat pagi ini
November 29, 2023· Isu semasa
Popular
Dr. Sheikh Muszaphar kongsi cara didik anak
October 5, 2021
Usahawan PMKS, pekerja sokong syor Muhyiddin mudahkan bantuan
October 23, 2022
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
Lelaki juga berisiko alami gangguan seksual
February 13, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok