Pindaan RUU LHDN diluluskan Dewan Rakyat

October 11, 2023 · Isu semasa

Dewan Rakyat hari ini meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) (Pindaan) 2023.

RUU itu diluluskan dengan lebih suara bersetuju dengan 16 Ahli Parlimen mengambil bahagian dalam sesi perbahasan, lapor Bernama.

Timbalan Menteri Kewangan I, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata bukan keseluruhan kutipan cukai berjumlah RM1.75 bilion oleh LHDN pada tahun lepas dilaburkan sebaliknya kutipan itu diberikan terus kepada Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP).

“Apakah yang dilaburkan?… RM175 bilion tahun lepas yang dikutip itu tidak dilaburkan, ia diberikan terus KWAP.

“Mereka (LHDN) dapat hasil yang dikutip untuk fi sebanyak 1.85 peratus. Jumlah 1.85 peratus itu kurang RM3.3 bilion, kos mereka lebih kurang RM2 bilion lebih dan ia adalah baki RM1 bilion atau RM800 atau RM900 juta… itu sebab mereka mahu laburkan dalam bank perdagangan biasa,” katanya.

Beliau berkata kelulusan akta hari ini membolehkan LHDN melanjutkan pelaburan di institusi kewangan islam, pembangunan dan koperasi.

“Pelaburan LHDN dipantau secara terus mesyuarat jawatankuasa kewangan dan pelaburan dipengerusikan anggota LHDN dan pelaksanaan pelaburan LDHN diselia berdasarkan kepada garis panduan yang diluluskan dalam mesyuarat LHDN,” katanya.

Semasa perbahasan peringkat jawatankuasa, Ahmad berkata Fasal 4 dipinda dengan memperuntukkan menteri dengan serta-merta melantik anggota baharu menggantikan anggota yang telah dibatal perlantikan.

Fasal 4 bertujuan untuk meminda seksyen 9 Akta 533 bagi memperuntukkan bahawa menteri boleh, pada bila-bila masa, tanpa memberikan apa-apa sebab, membatalkan pelantikan seseorang anggota yang dilantik selepas berunding dengan Ketua Menteri Sabah dan Premier Sarawak.

Selain itu, anggota yang dilantik pada bila-bila masa, meletakkan jawatannya dengan memberikan notis secara bertulis kepada menteri.

Berita berkaitan
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Kementerian nafi SKMM digunakan untuk sekat kebebasan media
November 27, 2023· Isu semasa
Sesi perbahasan kecoh selepas Ahli Parlimen pertikai tiada menteri dalam dewan
November 27, 2023· Politik
MOF tak benarkan pengeluaran KWSP bersasar kerana jejas simpanan persaraan
November 24, 2023· Isu semasa
Popular
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Jutawan rakan baik Anwar beli saham rangkaian hotel terkait Zahid
July 6, 2021
Kenapa lepasan SPM tidak minat ke IPT?
August 25, 2022
Edar dadah 23.5kg, tiga lelaki termasuk bergelar ‘Datuk’ didakwa
December 4, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Edar dadah 23.5kg, tiga lelaki termasuk bergelar ‘Datuk’ didakwa
17 jam lalu · Isu semasa
PRK Kemaman: Peratusan keluar mengundi setakat 4 petang sebanyak 60 peratus
December 2, 2023 · Isu semasa
Remaja cuba samun pemandu e-hailing didakwa esok
December 2, 2023 · Isu semasa
Dakwaan gangguan seksual dihadapi Wahab, polis akan panggil beberapa individu
December 2, 2023 · Isu semasa
Laporan Wahab dakwa Agus buat gangguan seksual disiasat polis
December 1, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Tuan Guru Hadi di Grand Finale PRK Kemaman
December 2, 2023
[VIDEO] Ucapan Radzi Jidin di Grand Finale PRK Kemaman
December 2, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok