Pertama kali berlaku kes 43 rakyat Malaysia diseludup ke Amerika Selatan

October 11, 2023 · Isu semasa

Kes 43 rakyat Malaysia diperdaya sindiket Macau Scam dan diselamatkan polis Peru di La Molina, Lima, adalah yang pertama seumpama itu dikesan melibatkan pemerdagangan manusia rakyat negara ini di Amerika Selatan, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain.

Beliau berkata maklumat awal yang diperoleh mendapati kesemua mangsa terdiri daripada 17 lelaki dan 26 wanita berusia antara 20-an dan 30-an itu, diperdaya dengan tawaran pekerjaan di luar negara yang menjanjikan bayaran lumayan, lapor Bernama.

“Penipuan pekerjaan seperti ini bukan perkara baharu, namun ini kali pertama kita menghadapi mangsa yang diperdagangkan ke Amerika Selatan.

“Kita menunggu kepulangan kesemua mangsa…apabila sampai sahaja di sini, Bahagian D3 Anti Pemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran akan buat temu bual untuk kenal pasti pengrekrut yang bawa 43 mangsa hingga ke Peru,” katanya pada sidang media khas di Bukit Aman.

Beliau berkata kesemua mereka yang meninggalkan Malaysia pada 29 Sept lepas, dipercayai menggunakan pasport secara sah selain membawa pakaian serta wang tunai dan polis akan membuat semakan dengan Imigresen bagi mengetahui sama ada pergerakan mereka dibuat secara individu atau berkumpulan.

Sabtu lepas, Kementerian Luar dalam satu kenyataan memaklumkan seramai 43 rakyat Malaysia yang menjadi mangsa penyeludupan manusia sindiket Macau Scam telah diselamatkan hasil serbuan polis Peru di sebuah rumah di La Molina, Lima.

Sementara itu, Razarudin berkata polis masih menunggu pemakluman daripada Polis Antarabangsa (Interpol) berhubung notis merah terhadap menantu bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyidin Yasin Datuk Seri Muhammad Adlan Berhan.

“Permohonan itu telah dihantar ke Interpol Asia dan mereka masih lagi menunggu jawapan daripada ibu pejabat Interpol di Lyon, Perancis. Bagaimanapun, kami yakin notis merah itu akan dikeluarkan,” katanya.

Selasa lepas, polis menyerahkan dokumen yang diperlukan untuk permohonan notis merah terhadap Muhammad Adlan dan peguamnya Mansoor Saat kepada Interpol.

Mengenai perhimpunan amal Palestin yang dirancang beberapa pihak termasuk parti politik sebagai tanda solidariti Malaysia di masjid terpilih di ibu negara Jumaat ini, Razarudin berkata pihaknya belum menerima sebarang pemakluman rasmi.

Berita berkaitan
Polis siasat Muhyiddin berhubung ucapan semasa ceramah PRK Kemaman
December 2, 2023· Politik
Remaja cuba samun pemandu e-hailing didakwa esok
December 2, 2023· Isu semasa
Dakwaan gangguan seksual dihadapi Wahab, polis akan panggil beberapa individu
December 2, 2023· Isu semasa
Laporan Wahab dakwa Agus buat gangguan seksual disiasat polis
December 1, 2023· Isu semasa
Popular
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Edar dadah 23.5kg, tiga lelaki termasuk bergelar ‘Datuk’ didakwa
December 4, 2023
Kenapa lepasan SPM tidak minat ke IPT?
August 25, 2022
Jangan makan, merokok sebelum ujian kendiri RTK Antigen: Pakar
March 5, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Edar dadah 23.5kg, tiga lelaki termasuk bergelar ‘Datuk’ didakwa
16 jam lalu · Isu semasa
PRK Kemaman: Peratusan keluar mengundi setakat 4 petang sebanyak 60 peratus
December 2, 2023 · Isu semasa
Banjir di Johor: 538 orang dipindahkan ke PPS, paras sungai naik
December 1, 2023 · Isu semasa
Penganggur didakwa edar dadah Methamphetamine lebih 10 kg
December 1, 2023 · Isu semasa
Bekas ADUN DAP disabit kes rogol lantik Hisyam Teh ketuai pasukan pembelaan
December 1, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Tuan Guru Hadi di Grand Finale PRK Kemaman
December 2, 2023
[VIDEO] Ucapan Radzi Jidin di Grand Finale PRK Kemaman
December 2, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok