Permohonan Najib dapatkan dokumen kes 1MDB didengar 20 Mei

March 26, 2021 · Isu semasa

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menetapkan 20 Mei untuk mendengar permohonan Datuk Seri Najib Razak bagi mendapatkan perintah mahkamah, menuntut pihak pendakwaan mengemukakan beberapa penyata perbankan dan dokumen lain kepada pasukan pembelaannya, dalam perbicaraan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) membabitkan dana RM2.3 bilion.

Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Mustaffa P Kunyalam berkata, tarikh itu ditetapkan Hakim Collin Lawrence Sequerah ketika sebutan kes hari ini.

“Mahkamah memerintahkan pendakwaan memfailkan jawapan mereka kepada afidavit Najib pada 26 April dan mereka (Najib) perlu memfailkan jawapan kepada afidavit pendakwaan pada 5 Mei,” katanya.

Mahkamah turut memerintahkan kedua-dua pihak memfailkan hujahan bertulis pada 17 Mei.

Rabu lalu, pasukan pembelaan diketuai Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah memfailkan notis usul, antara lain mendakwa dokumen itu berada di tangan pihak pendakwaan, atau entiti lain.

Dalam afidavit yang disahkan oleh Najib, bagi menyokong permohonannya, beliau berkata, dokumen itu penting dan mempunyai kaitan kepada perbicaraan 1MDB kerana ia tidak ditampilkan kepada pasukan pembelaan sebelum kes bermula.

Menurut afidavit itu, Najib mendakwa beberapa penyata dan dokumen itu mempunyai kaitan dengan syarikat berkenaan, yang dipercayai turut membabitkan ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau dikenali sebagai Jho Low dan keluarga bekas Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz.

Menurut notis usul itu, antara dokumen yang dimohon daripada pihak pendakwaan adalah penyata akaun bagi Aktis Capital Singapore Pte Ltd, Country Group Securities Public Company Ltd, ACME Time Ltd (BVI), Butamba Investments Ltd, dan Central Holdings Ltd.

Selain penyata bank, Najib juga memohon sijil ‘incumbency’, deklarasi identiti pemilik benefisial syarikat, daftar anggota, daftar pengarah serta surat-menyurat antara bank dan syarikat itu mengenai urus niaganya, termasuk e-mel, pemindahan telegraf, borang pengiriman wang, laporan transaksi, pesanan pembayaran, nasihat kredit dan memo bank.

Permohonan itu menuntut pendedahan dokumen-dokumen daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan BNM atau mana-mana entiti lain yang memiliki dokumen berkenaan.

Berita berkaitan
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024· Politik
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024· Politik
Rafizi balas kecaman Puad, ‘dia saja seorang bising’
March 27, 2024· Politik
Perbicaraan 1MDB: Saksi beritahu perbincangan atas kapal tiada wakil pegawai kerajaan
January 5, 2024· Isu semasa
Popular
Pelajar sekolah balik cuti raya Cina tak dibenar pulang ke asrama
February 5, 2022
Kos sara hidup tinggi: Pelajar IPT terpaksa tangguh pengajian
September 30, 2022
Banjir: Tiga beradik maut kena renjatan elektrik di Kelantan
December 19, 2022
Selesaikan isu harga makanan di kantin, jangan ikut formula Rafizi
January 9, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok