Perlis rapat, Pulau Pinang jarak

January 8, 2022 · Isu semasa

Saf solat berjemaah di masjid atau surau sama ada hendak dirapatkan semula, dikurangkan atau kekal dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP), bergantung kepada Majlis Agama Islam Negeri masing-masing.

Keputusan biasanya dibuat berdasarkan nasihat Majlis Keselamatan Negeri (MKN) dan Kementerian Kesihatan (KKM) setelah mengkaji situasi penularan dan jangkitan Covid-19 di setiap negeri.

Contohnya, Perlis hari ini mula merapatkan semula saf solat dengan mematuhi SOP ditetapkan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), tetapi pelaksanaannya berdasarkan ukuran sejadah jemaah masing-masing bersaiz ‘standard’ yang dirapatkan.

Difahamkan, jemaah masih dinasihatkan membawa sejadah masing-masing ke masjid atau surau.

Kelonggaran pelaksanaan solat dengan saf dirapatkan berdasarkan sejadah diperkenan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail.

Timbalan Pengerusi merangkap Imam II Masjid Negeri Arau, Zubair Abdullah dilaporkan berkata pelaksanaan solat jemaah dengan saf dirapatkan bermula sejak Subuh pagi tadi dengan mengambil kira sejadah jemaah bersaiz ‘standard’ dirapatkan di ruang solat.

“Saf itu boleh dalam keadaan rapat tetapi mengikut sejadah masing-masing. Alhamdulillah, dengan SOP memang kita titik beratkan dan sentiasa memantau, jadi apabila jemaah hadir kita periksa suhu dan sediakan sanitizer.

“Kalau tidak ada MySejahtera, kita sediakan buku untuk tulis nama dan pemakaian pelitup muka memang kita wajibkan dan sekiranya ada yang terlupa, kita sediakan untuk jemaah yang hadir,” katanya.

Semalam Perlis merekodkan 14 jangkitan baharu Covid-19, menjadikan keseluruhannya 7,321 kes positif, dan 137 kes kematian sejak awal 2020 lalu.

Bagaimanapun, berbeza di Pulau Pinang apabila masih mengekalkan penjarakan fizikal satu meter bagi saf solat berjemaah di masjid, kerana ancaman jangkitan Covid-19, masih wujud.

Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang, Datuk Ir Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman yang juga Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang berkata, ketika ini, negeri itu masih belum dapat melaksanakan solat jemaah dengan merapatkan saf sepertimana yang dilakukan di Perlis dan Johor, dan orang ramai perlu mematuhi SOP Fasa Empat Pelan Pemulihan Negara (PPN).

“Sebelum ini, pihak kami telah mengadakan perbincangan dengan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan (KKM) untuk mendapatkan kebenaran melaksanakan solat rapat saf, namun ia belum dapat diputuskan kerana ketika ini masih terdapat ancaman Omicron.

“Jadi, orang ramai terutama jemaah yang hadir di masjid dan surau di Pulau Pinang perlu mematuhi SOP yang telah ditetapkan sebelum ini untuk semua aktiviti pengimarahan masjid dan surau termasuk solat jemaah berjarak,” katanya lapor Bernama.

Sementara itu, Ahmad Zakiyuddin berkata, keputusan kebenaran untuk merapatkan saf ketika solat jemaah hanya akan dibuat selepas trend kes melibatkan varian Omicron di Pulau Pinang menurun.

“Semua aktiviti pengimarahan masjid adalah dibenarkan, namun tertakluk kepada SOP yang telah dikeluarkan sebelum ini dan keputusan berhubung merapatkan saf akan dibuat selepas penilaian kes Covid-19 terutama berkaitan varian Omicron,” katanya.

Pulau Pinang hari ini merekodkan 169 jangkitan baharu, turun berbanding 219 kes yang dilaporkan semalam, menjadikan kumulatif kes positif di negeri itu sebanyak 162,529, dengan 159,022pesakit telah sembuh, dan 1,755 kes kematian.

Di Johor pula, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan membenarkan pengurangan penjarakan fizikal dalam saf solat jemaah serta aktiviti-aktiviti pengimarahan masjid dan surau dalam Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara (PPN) berkuat kuasa Jumaat.

Exco Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor, Tosrin Jarvanthi dalam kenyataan media memberitahu, keputusan dilakukan bersama-sama Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ), Md Rofiki Samsudin dan Mufti Johor, Datuk Yahya Ahmad hari ini.

Dalam kenyataan itu, solat Jumaat dan solat fardu lima waktu dibenarkan didirikan dengan pengurangan jarak fizikal daripada satu meter kepada setengah meter di antara jemaah.

Akhir Disember lalu, Arab Saudi mengenakan semula penjarakan fizikal sama ada ketika solat atau tawaf, susulan peningkatan jangkitan Covid-19, khususnya membabitkan varian Omicron.

Berita berkaitan
Tahan Sanusi jam 3 pagi tidak wajar: Ahli Parlimen PH
July 18, 2023· Politik
Solat sunat Aidilfitri: Jemaah digalak pakai pelitup muka
April 19, 2023· Isu semasa
Solat Aidilfitri: Umat Islam Perlis disaran pakai pelitup muka
April 18, 2023· Isu semasa
ADUN DAP kaitkan arak dengan solat biadab, tapi UMNO takut tegur
January 11, 2023· Politik
Popular
Dr. Sheikh Muszaphar kongsi cara didik anak
October 5, 2021
Usahawan PMKS, pekerja sokong syor Muhyiddin mudahkan bantuan
October 23, 2022
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
Lelaki juga berisiko alami gangguan seksual
February 13, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok