ADUN DAP kaitkan arak dengan solat biadab, tapi UMNO takut tegur

January 11, 2023 · Politik

Pemuda PAS Selangor menyifatkan hantaran Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bandar Baru Klang daripada DAP, Datuk Teng Chang Khim di laman Facebook miliknya mengaitkan isu arak dengan solat, adalah biadab.

Ketuanya, Mohamed Sukri Omar, berkata hantaran tersebut jelas menunjukkan Chang Khim sengaja memainkan sentimen agama dengan memperlekehkan umat Islam serta solat.

“Teng Chang Kim nampak gaya ‘banyak masa kosong’ dengan menyibukkan diri dalam isu berkaitan arak sekalipun ia di luar negeri Selangor.

“Sedangkan isu arak ini jelas perkara mendatangkan kerosakan lebih besar ditambah lagi dengan isu-isu kemalangan jalan raya sehingga ada yang terkorban disebabkan kes mabuk.

” Hantaran di FB milik YB Teng Chang Kim jelas biadab apabila sengaja memainkan sentiman agama dengan memperlekehkan umat Islam serta solat. Menerusi hantaran tersebut ditulis: “Kalau kamu tak minum tapi tengok pun boleh mabuk, itu masalah kamu, bukan masalah arak. Sia-sia kamu sembahyang”,” kata Mohamed Sukri dalam kenyataan di Facebooknya hari ini (11 Januari 2023).

Kenyataan Mohamed Sukri itu juga bagi mempertahankan kenyataan Ahli Parlimen Permatang Pauh, Muhammad Fawwaz Mohamad Jan yang sebelum ini membantah penjualan arak secara terbuka di ruang legar sebuah pusat beli-belah di Seberang Jaya di Pulau Pinang.

Muhammad Fawwaz turut memuat naik video pertemuannya dengan pihak pengurusan pusat beli-belah tersebut di Facebooknya.

Mengulas lanjut Mohamed Shukri berkata, pihaknya menyokong dan mempertahankan tindakan Muhammad Fawwaz kerana itu juga antara yang dilakukan Pemuda Pas Selangor dalam isu-isu berkaitan arak dan kes mabuk sama ada membantah, mengkritik serta memberikan solusi.

“Isunya ialah penjualan terbuka dan inilah yang kita tentang. Sama ada berbentuk penjualan mahupun pesta yang dianjurkan. Sebab itu Pemuda PAS Negeri Selangor malah seluruh negara pasti akan bangkit menentang hal yang sama.

“Sebagaimana YB Teng Chang Kim sanggup ‘merentas negeri’ dengan hantaran yang biadab lagi celopar kerana ‘sayang sangat’ pada arak, maka kami Pemuda Pas Negeri Selangor juga bangkit mempertahankan YB Muhammad Fawwaz atas tindakannya dan akidah yang satu.

“Malunya negeri Selangor kerana sikap YB (Chang Kim) ini yang celopar, biadab serta memperlekehkan solat. Mana pergi Exco lain yang beragama Islam dalam kerajaan negeri Selangor yang lain untuk tegur,” soalnya dalam kenyataan tersebut.

Katanya, sudah jelas dalam banyak kenyataan media sama ada tulisan atau lisan sebelum ini bahawa arak hanya lebih membawa kemudaratan sama ada moral, sahsiah, nyawa malah ekonomi negara.

Katanya, akal yang waras pasti tidak menerima arak itu sesuatu yang membawa kebaikan yang banyak.

Berita berkaitan
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024· Isu semasa
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024· Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Popular
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024
Mat Sabu sudah tak tahan dikecam selepas bersama UMNO: Tuan Ibrahim
May 10, 2023
Saya pun tak berani hurai al-Quran tapi dia berani, Sanusi bidas MP DAP bukan Islam
September 23, 2023
Pembebasan Zahid dalam kes rasuah, PAS gesa hormati keputusan mahkamah
September 23, 2022
Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024 · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024 · Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024 · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok