Perdana Menteri rakam takziah pemergian Mufti Perak

May 30, 2021 · Isu semasa

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin merakamkan ucapan takziah atas kembalinya ke Rahmatullah Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria, hari ini.

Allahyarham Harussani,82, meninggal dunia kerana jangkitan Covid-19 di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) pada jam 2.45 petang tadi.

“Saya dan keluarga ingin menzahirkan rasa dukacita atas pemergian tokoh agama yang amat disegani, Tan Sri Dato’ Seri Dr. Hj. Harussani bin Hj. Zakaria yang baru sahaja meninggal dunia.

“Salam takziah kepada keluarga Allahyarham atas kehilangan orang tersayang. Semoga mereka tabah menghadapi detik yang mendukacitakan ini,” kata Muhyiddin menerusi hantaran di Facebooknya sebentar tadi.

Menurut Muhyiddin, jasa dan sumbangan besar Allahyarham dalam memperjuang dan mengembangkan syiar Islam adalah tidak ternilai harganya.

Tambahnya, selain menjadi Mufti Perak, Allahyarham memang dikenali sebagai seorang pendakwah dan agamawan yang mudah didekati dan disegani oleh seluruh lapisan masyarakat.

“Pemergian Allahyarham merupakan satu kehilangan kepada dunia dakwah, bukan sahaja buat negeri Perak tetapi kepada rakyat Malaysia secara keseluruhan.

“Sama-samalah kita doakan semoga roh Allahyarham yang sepanjang hidupnya mengabdikan diri untuk memperkasakan Islam ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman dan beramal soleh. Amin,” katanya lagi.

Harussani sebelum ini dilaporkan menerima rawatan di unit rawatan rapi (ICU) Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), di sini selepas disahkan positif wabak Covid-19.

Ucapan takziah turut dimuatnaik di Facebook rasmi jabatan itu.

Berita berkaitan
Rayuan pendakwaan terhadap keputusan mahkamah bebas Muhyiddin pada 28 Feb
September 27, 2023· Isu semasa
I’m not a fugitive, investigations had political undertones
August 17, 2023· Rencana
Pertuduhan terhadap Muhyiddin berniat jahat, 3 pertuduhan juga harus gugur: Azmin
August 15, 2023· Isu semasa
Jangan beri BN-PH walau 1 undi : Muhyiddin
August 12, 2023· Politik
Popular
Jumlah hasil petroleum dibayar kepada Terengganu rendah, tak sampai RM1 bilion
October 3, 2023
Penolong pengurus hotel didakwa cabul kehormatan bekas pembaca berita
October 3, 2023
Yasin diperintah bela diri tiga pertuduhan kes dadah
October 3, 2023
Orang PJ dan Shah Alam makan beras import, tak mahal sangat: Mat Sabu
October 2, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Yasin diperintah bela diri tiga pertuduhan kes dadah
11 jam lalu · Isu semasa
Jumlah hasil petroleum dibayar kepada Terengganu rendah, tak sampai RM1 bilion
19 jam lalu · Isu semasa
Penolong pengurus hotel didakwa cabul kehormatan bekas pembaca berita
19 jam lalu · Isu semasa
PAS tak fail rayuan keputusan Parlimen Kemaman, sedia hadapi PRK
20 jam lalu · Isu semasa
PMX kata akan umum berita baik pada Khamis selepas lawatan ke UAE
October 3, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Anwar kena tenang tak perlu agresif, Pelangai tetap pilih PN
6 jam lalu
[VIDEO] Malaysia macam negara miskin sejak Anwar Ibrahim jadi PM
8 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok