Perbicaraan rayuan terakhir kes SRC Najib ditetapkan 15-26 Ogos

May 9, 2022 · Isu semasa

Perbicaraan rayuan terakhir kes SRC International Sdn Bhd melibatkan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan didengar pada 15 sehingga 26 Ogos.

Mahkamah Persekutuan akan mendengar rayuan Najib selama 10 hari berhubung sabitan hukuman kes rasuahnya melibatkan syarikat subsidiari 1Malaysia Development Berhad (1MDB) itu.

Dalam surat bertarikh 29 April lalu, mahkamah memaklumkan pihak pendakwaan dan pembelaan berhubung tarikh perbicaraan tersebut serta meminta pihak terbabit berada di mahkamah pada 8.40 pagi kerana perbicaraan akan bermula 9 pagi.

“Penghujahan bertulis mesti difailkan sebelum 31 Julai ini,” menurut surat itu.

Pada 8 Dis 2021, Mahkamah Rayuan mengekalkan sabitan dan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta yang dijatuhkan Mahkamah Tinggi pada Julai 2020 ke atas Najib kerana menyeleweng RM42 juta dana SRC.

Tetapi, Najib dibebaskan dengan ikat jamin sementara menunggu rayuan terakhirnya di Mahkamah Persekutuan.

Sebelum ini, Najib memohon untuk memasukkan keterangan baharu dalam rayuannya, tetapi Mahkamah Persekutuan menolak permohonannya atas alasan ia tidak memenuhi peruntukan undang-undang.

Berita berkaitan
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024· Politik
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024· Politik
Rafizi balas kecaman Puad, ‘dia saja seorang bising’
March 27, 2024· Politik
Perbicaraan 1MDB: Saksi beritahu perbincangan atas kapal tiada wakil pegawai kerajaan
January 5, 2024· Isu semasa
Popular
Dr. Sheikh Muszaphar kongsi cara didik anak
October 5, 2021
Usahawan PMKS, pekerja sokong syor Muhyiddin mudahkan bantuan
October 23, 2022
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
Tak penting pendapat orang, kata Nazri selepas dilantik duta AS
February 10, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok