Penyusutan nilai sektor komoditi punca perdagangan negara susut: Liew

September 25, 2023 · Isu semasa

Perdagangan Malaysia yang merosot kepada RM1.718 trilion bagi tempoh Januari hingga Ogos 2023 berbanding RM1.869 trilion bagi tempoh sama pada 2022 adalah disebabkan penurunan nilai sektor komoditi seperti sawit dan petroleum.

Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Liew Chin Tong berkata penyusutan itu adalah berikutan kelembapan ekonomi di pasaran utama Malaysia seperti Amerika Syarikat dan China dan gangguan dalam rantaian bekalan, lapor Bernama.

“Bagaimanapun, Malaysia masih merekodkan lebihan dagangan ke-40 bulan berturut-turut pada Ogos 2023, justeru melambangkan asas perdagangan negara yang kukuh.

“Peningkatan ini disokong oleh sektor-sektor bernilai tinggi seperti elektrik dan elektronik. Seterusnya, trend penurunan nilai perdagangan baru-baru ini bersifat sementara dan juga dapat dilihat pada prestasi perdagangan negara-negara Asean lain seperti Singapura, Filipina, Indonesia dan Thailand,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 (KSP RMK12) bagi Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) di Dewan Negara hari ini.

Katanya dalam usaha memastikan prestasi perdagangan negara kekal mampan, MITI menerusi Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) telah melaksanakan 30 program promosi eksport bagi 2023 dengan 12 daripadanya menyasarkan peningkatan eksport ke negara-negara Asean.

“Untuk meneruskan momentum pertumbuhan eksport, sejumlah 63 program promosi eksport telah dirancang bagi 2024 dengan 16 daripadanya melibatkan negara-negara Asean,” katanya.

Berhubung kadar kesedaran dan penggunaan Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) khususnya Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) dan Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP) dalam kalangan komuniti perniagaan yang disifatkan sangat rendah, Liew berkata MITI telah melaksanakan pelbagai libat urus dengan pihak berkepentingan.

Beliau berkata kementerian telah melaksanakan kira-kira 300 sesi libat urus dan penerangan kepada pelbagai pihak berkepentingan termasuk dewan perniagaan dan persatuan industri, sebelum RCEP berkuat kuasa pada 18 Mac 2022 dan CPTPP pada 29 November 2022.

Pada 8 Ogos 2023, MITI telah melaksanakan sesi libat urus bagi menerangkan faedah RCEP dan CPTPP kepada kira-kira 250 wakil pelbagai dewan perniagaan dan persatuan industri.

Dari segi kadar penyertaan rendah dalam RCEP dan CPTPP, Liew berkata kadar penyertaan Malaysia kepada RCEP dan CPTPP diukur melalui pengeluaran sijil tempasal bagi eksport Malaysia ke negara-negara RCEP dan CPTPP bagi pengeksport Malaysia menikmati layanan tarif berkeutamaan.

Beliau berkata bagi tempoh CPTPP berkuat kuasa pada 29 Nov 2022 sehingga 15 Sept 2023, sebanyak 3530 sijil tempasal bernilai RM1.29 bilion telah dikeluarkan, manakala bagi tempoh RCEP berkuat kuasa pada 18 Mac 2022 sehingga 15 Sept 2023, sebanyak 2134 sijil tempasal bernilai RM 646 juta dikeluarkan.

“Ini menunjukkan pengeksport dan pengilang Malaysia telah mula menggunakan layanan tarif berkeutamaan bagi menikmati faedah akses pasaran yang terbuka oleh RCEP dan CPTPP,” katanya.

Berita berkaitan
Anwar kata lawatan ke UAE berjaya, sangat bangga
October 7, 2023· Isu semasa
Peliwat bergema di Dewan Rakyat, Radzi bidas ‘saya yakin kamu peliwat’ kepada PMX
September 19, 2023· Politik
Jumlah dagangan eksport dan import Malaysia menurun setakat Julai 2023
August 28, 2023· Isu semasa
Saya sudah pergi ke pejabat Musk lebih awal, sindir Azmin
July 16, 2023· Politik
Popular
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Jutawan rakan baik Anwar beli saham rangkaian hotel terkait Zahid
July 6, 2021
Kenapa lepasan SPM tidak minat ke IPT?
August 25, 2022
Edar dadah 23.5kg, tiga lelaki termasuk bergelar ‘Datuk’ didakwa
December 4, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Edar dadah 23.5kg, tiga lelaki termasuk bergelar ‘Datuk’ didakwa
17 jam lalu · Isu semasa
PRK Kemaman: Peratusan keluar mengundi setakat 4 petang sebanyak 60 peratus
December 2, 2023 · Isu semasa
Remaja cuba samun pemandu e-hailing didakwa esok
December 2, 2023 · Isu semasa
Dakwaan gangguan seksual dihadapi Wahab, polis akan panggil beberapa individu
December 2, 2023 · Isu semasa
Laporan Wahab dakwa Agus buat gangguan seksual disiasat polis
December 1, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Tuan Guru Hadi di Grand Finale PRK Kemaman
December 2, 2023
[VIDEO] Ucapan Radzi Jidin di Grand Finale PRK Kemaman
December 2, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok