Peningkatan mangsa banjir di Sabah dan Perak

September 23, 2023 · Isu semasa

Jumlah mangsa banjir di Sabah dan Perak meningkat malam ini manakala di Sarawak kekal.

Di Sabah, jumlah mangsa banjir di Beaufort meningkat kepada 228 mangsa daripada 72 keluarga setakat pukul 8 malam ini berbanding 102 mangsa daripada 36 keluarga tengah hari tadi, lapor Bernama.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah dalam kenyataan memaklumkan kesemua mangsa banjir itu ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) Dewan Selagon yang dibuka sejak pukul 4 petang semalam susulan banjir berikutan hujan lebat berterusan.

“Kesemua mangsa dari lima kampung di Beaufort yang terjejas akibat banjir … pemantauan masih diteruskan di lokasi hotspot di daerah berkenaan,” menurut kenyataan itu.

Di Perak, JPBN dalam kenyataan memaklumkan jumlah mangsa banjir kilat mencatatkan peningkatan pada 6 petang tadi dengan hanya sebuah PPS masih dibuka iaitu di Sekolah Kebangsaan Changkat Lobak di daerah Kerian.

Sekretariat itu memaklumkan PPS berkenaan menempatkan 35 mangsa daripada lapan keluarga yang terjejas dari Kampung Matang Tengah, berbanding 33 mangsa daripada tujuh keluarga pada 12 tengah hari tadi.

Tiga PPS iaitu di Sekolah Kebangsaan Sungai Jernih, Selama; Balai Raya Kampung Klah, Sungkai serta Dewan Orang Ramai Kampung Simpang Halt, Taiping yang dibuka sebelum ini telah ditutup sepenuhnya semalam dan kesemua mangsa banjir dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.

Sementara itu, Jabatan Kerja Raya (JKR) Perak pula memaklumkan hanya satu lorong di FT077 Jalan Pengkalan Hulu-Sempadan Thailand di Hulu Perak dibuka untuk dilalui semua kenderaan akibat runtuhan dan pemasangan Pelan Pengurusan Trafik (TMP) yang dilaksanakan di kawasan berkenaan.

Jalan A 156 Jalan Karai-Jawang Trosor di Kuala Kangsar pula masih ditutup kepada semua kenderaan buat masa ini akibat tanah runtuh di kawasan itu.

Di Sarawak, jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di dua PPS di Limbang kekal 33 orang daripada tujuh keluarga, setakat 7 malam tadi.

Berita berkaitan
Banjir di Johor: 538 orang dipindahkan ke PPS, paras sungai naik
December 1, 2023· Isu semasa
Mangsa banjir di Terengganu, Kelantan kekal setakat pagi ini
November 29, 2023· Isu semasa
Dua kem UMNO berbeza di Sabah, kumpulan pro Hajiji dan Bung Moktar
November 29, 2023· Politik
Mangsa banjir di tiga negeri sedikit menurun setakat malam ini
November 27, 2023· Isu semasa
Popular
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Hutang Kerajaan Persekutuan meningkat sebanyak RM100.2 bilion setakat 2021
February 16, 2023
Orang ramai dinasihati waspada penyamaran dan penipuan melalui WhatsApp
December 7, 2023
Pelabur asing rekod jualan bersih minggu lepas: MIDF
December 11, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
1 jam lalu · Isu semasa
Ringgit dibuka rendah RM4.67 berbanding dolar
5 jam lalu · Isu semasa
Pelabur asing rekod jualan bersih minggu lepas: MIDF
5 jam lalu · Isu semasa
KBS akan beri penjelasan padang Bukit Jalil rosak minggu depan, kata menteri
December 9, 2023 · Isu semasa
Mat Sabu kata bekalan bawang negara mencukupi
December 9, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Setahun Anwar Ibrahim perdaya rakyat dengan janji politik
December 9, 2023
[VIDEO] Dr Sam angkat sumpah Ahli Parlimen Kemaman
December 8, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok