Pengurusan emosi mangsa banjir, elak tekanan

December 24, 2021 · Isu semasa

Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul” – itulah peribahasa yang terlintas di hati barang siapa yang menginsafi nasib rata-rata penduduk yang terlibat dengan musibah banjir.

Jalan raya, premis kedai, kenderaan, ternakan, tanam-tanaman malah bangunan rumah untuk tempat berteduh – semuanya rosak, musnah atau hilang, sehingga ada dalam kalangan penduduk yang tinggal sehelai sepinggang akibat malapetaka ini.

Keadaan ini memberi  impak psikologi terhadap mangsa banjir dan adalah penting untuk mangsa banjir mengetahui cara menguruskan emosi dengan baik.

Kajian yang dijalankan berkaitan kesan bencana kepada kesihatan mental mendapati bahawa seseorang mangsa yang mengalami bencana akan merasai kesan bencana itu dalam tempoh sehingga sembilan bulan selepas bencana dan jika tidak diurus dengan betul mampu membawa kepada masalah kesihatan mental.

Dari sudut pengurusan emosi mangsa, persediaan awal dari aspek psikologi adalah amat penting bagi membantu memberi kekuatan serta semangat buat mangsa.

Ini kerana mangsa akan menjadi lebih terkesan jika tidak bersedia dalam menghadapi bencana.

Dari sudut pengurusan emosi mangsa, persediaan awal dari aspek psikologi adalah amat penting bagi membantu memberi kekuatan serta semangat buat mangsa.

Ini kerana mangsa akan menjadi lebih terkesan jika tidak bersedia dalam menghadapi bencana.

Menurut Pakar Perunding Psikiatri Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh, Pahang, Dr Firdaus Abdul Gani, faktor-faktor bencana yang boleh mempengaruhi kesihatan mental dibahagikan kepada empat jenis.

“Pertama, faktor yang berkaitan dengan bencana yang berlaku iaitu tahap, jenis dan tempoh masa berlaku bencana tersebut. Kedua, faktor yang berkaitan dengan individu seperti sejarah kesihatan, sejarah hidup, tekanan hidup seharian, pengalaman trauma yang lalu serta keupayaan daya tindak.

“Selain itu, faktor interpersonal iaitu kekuatan sistem sokongan sosial termasuk keluarga dan sumber kewangan. Tidak ketinggalan, faktor komuniti iaitu sejauh mana peranan komuniti membantu mangsa yang terlibat dengan bencana,” katanya.

Justeru, Dr Firdaus memberitahu,  terdapat beberapa langkah yang penting dalam pengurusan emosi.

Ia melibatkan semua fasa iaitu sebelum bencana berlaku, ketika berpindah, di pusat pemindahan serta apabila kembali semula ke rumah.

“Pertama adalah membuat perancangan dan persediaan. Pada tahap ini, individu mula bersedia menghadapi sebarang kemungkinan masalah bencana.

“Persediaan rapi perlu dilakukan termasuk persediaan dari sudut fizikal dan barangan yang diperlukan, rancangkan pelan pergerakan dan pengangkutan yang selamat, apa yang perlu dipindahkan, bagaimana menyesuaikan diri serta membuat persediaan mental dan spiritual,” ujarnya.

Jika terdapat penyakit sedia ada tidak kira penyakit fizikal atau mental, pastikan anda mempunyai bekalan ubatan yang mencukupi kerana ini juga boleh mendatangkan tekanan.

Seterusnya adalah mempraktikkan kemahiran pengurusan tekanan serta penyelesaian masalah yang baik. Kenal pasti masalah yang dihadapi serta lihat bagaimana langkah penyelesaian.

Tambah beliau, mangsa juga boleh meminta pertolongan daripada orang lain sekiranya perlu. Berkongsi masalah serta perasaan yang dialami, berfikiran positif serta cuba menyesuaikan diri dengan keadaan dapat membantu mengurangkan tekanan.

“Kekalkan interaksi serta hubungan dengan keluarga dan rakan-rakan untuk membantu menguatkan semangat.

“Selain itu, kekalkan rutin harian seperti biasa. Pastikan supaya individu tersebut mendapat tidur dan makan yang cukup, serta lakukan riadah yang bersesuaian di masa lapang.

“Pengisian masa yang produktif dapat menghalang mangsa daripada berfikir tentang masalah secara berterusan,” jelasnya.

Langkah seterusnya adalah pengukuhan rohani serta spiritual di mana ia dapat membantu individu mendapatkan kekuatan mental serta daya tahan.

Sokongan daripada keluarga dan masyarakat juga amat membantu individu dalam membina kekuatan diri menghadapi bencana.

Di pusat pemindahan banjir, individu boleh mendapatkan bantuan daripada Pasukan Kesihatan Mental dan Respons Psikososial sekiranya perlu.

Antara perkhidmatan psikososial yang diberikan adalah psychological first aid, kaunseling, melaksanakan teknik relaksasi serta saringan kesihatan mental bagi mengenal pasti tahap emosi serta kemurungan di kalangan mangsa yang terlibat.

Mereka boleh membuat rujukan terus kepada kaunselor dan pakar psikiatri selepas penilaian dibuat.

“Perlu dijelaskan bahawa adalah reaksi normal bagi seseorang itu mengalami tekanan selepas bencana tetapi selepas beberapa bulan seseorang itu sudah mampu untuk berfungsi seperti sedia kala.

“Bagaimanapun, sekiranya gejala psikologi tersebut berterusan maka mereka perlu mendapatkan penilaian serta rawatan lanjut daripada perawat kesihatan mental,” ujarnya.

Berita berkaitan
278 mangsa banjir di tiga negeri masih ditempatkan di PPS
January 17, 2024· Isu semasa
Banjir Kelantan: Penduduk di Kuala Krai terputus hubungan, jalan tenggelam
December 27, 2023· Isu semasa
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Banjir: Kelantan dan Perak catat peningkatan mangsa dipindahkan
December 17, 2023· Isu semasa
Popular
Harga roti Gardenia naik 1 Disember
November 25, 2021
Selesaikan isu harga makanan di kantin, jangan ikut formula Rafizi
January 9, 2023
Pelajar sekolah balik cuti raya Cina tak dibenar pulang ke asrama
February 5, 2022
Kilang pemasangan Porsche pertama Malaysia dilancar di Kedah
March 28, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok