Pengguna ATM kena caj RM1 transaksi pengeluaran ATM bermula esok

January 31, 2022 · Isu semasa

Pengguna mesin pengeluaran wang automatik (ATM) akan mula dikenakan caj transaksi sebanyak RM1 berkuatkuasa esok, ia menerusi makluman secara rasmi oleh beberapa buah bank tempatan.

Caj tersebut diperkenalkan semula kebanyakkan bank yang menyediakan mesin ATM kepada pengguna bermula 1 Februari (esok) dan notis berhubung caj tersebut juga sudah dimuat naik sejak Disember tahun dalam media sosial bank masing-masing.

Antara bank yang membuat pengumuman berhubung caj tersebut adalah Maybank, Bank Islam Malaysia Bhd, CIMB Bank, RHB Bank, Citibank dan HSBC.

Dalam makluman di media sosial, Maybank telah menyatakan bahawa mulai 1 Februari, caj transaksi pengeluaran tunai antara bank di ATM akan dilaksanakan semula.

“Pelanggan Maybank masih boleh mengeluarkan wang tunai tanpa caj di ATM Maybank,” demikian menurut bank itu.

Menurut CIMB, “Pelanggan yang dihormati, berkuat kuasa pada 1 Februari 2022, caj transaksi RM1 akan dikenakan ke atas pengeluaran wang tunai antara bank untuk transaksi yang dilakukan di ATM/mesin layan diri bukan CIMB Bank/CIMB Islamic.”

Menurut makluman Bank Islam pula, “Bagi pemegang kad Bank Islam, tiada caj dikenakan untuk pengeluaran menggunakan ATM Bank Islam.”

Sementara itu di media sosial, beberapa pengguna melontarkan respons masing-masing dengan ada yang berkata caj RM1 itu akan menyebabkan orang ramai kembali beratur panjang di beberapa buah ATM.

Ada juga yang mengkritik bank sebagai kedekut kerana tidak mampu menyerap caj RM1 itu.

“Singgit pun bank tak boleh absorb ke cost tu. Kedekut…,” ciapnya di laman Twitter.

Sebelum ini, kerajaan memperkenalkan pengecualian caj pada sistem MEPS pada 6 April 2020.

Langkah itu bagi membolehkan orang ramai mengeluarkan wang tunai daripada ATM yang berkongsi sistem MEPS semasa perintah kawalan pergerakan tanpa perlu dikenakan caj RM1.

Caj RM1 yang dikenakan Payments Network Malaysia Sdn Bhd (PayNet) kepada pelanggan.

Bank Negara Malaysia (BNM) adalah pemegang saham terbesar dalam PayNet, manakala baki sahamnya dikuasai konsortium 11 bank.

Berita berkaitan
Ketika rakyat sudah dibebani harga barang naik, caj QR DuitNow jadi pertikaian
September 29, 2023· Isu semasa
Undi awal PRN di enam negeri bermula esok
August 7, 2023· Politik
Masalah kewangan, tekanan ekonomi punca pasangan muda bercerai
July 25, 2023· Isu semasa
Rumah lelong naik 20% : laporan
July 11, 2023· Isu semasa
Popular
BNM dijangka naikkan OPR 25 mata asas lagi bulan depan
October 21, 2022
Kenali pereka kasut, Jimmy Choo
November 6, 2021
Harga roti Gardenia naik 1 Disember
November 25, 2021
Banjir: Tiga beradik maut kena renjatan elektrik di Kelantan
December 19, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok